$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Drama Bila Cinta Menjadi Dosa (TV3)

SHARE:

Bila Cinta Menjadi Dosa menyelami kisah kepulangan yang mencetuskan pergolakan, cinta lampau yang kembali menghantui, serta pertarungan memp...


Bila Cinta Menjadi Dosa menyelami kisah kepulangan yang mencetuskan pergolakan, cinta lampau yang kembali menghantui, serta pertarungan mempertahankan maruah dan pengaruh. Drama 30 episod arahan Shuhaimi Lua ini dibarisi pelakon seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin dan Maria Farida.

Saksikan drama Bila Cinta Menjadi Dosa akal menemui penonton bermula 27 Februari 2026, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di tonton.

Bila Cinta Menjadi Dosa
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2026
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Sarimah Ibrahim sebagai Eva
Zamarul Hisham sebagai Dato Yusof
Zairi Aziz sebagai Zhafran
Alya Iman sebagai Nurul Yasmeen
Nelissa Nizam sebagai Nurul Nadira
Maria Farida sebagai Datin Kalsom
Dian P Ramlee sebagai Shamsiah
Elizad Sharifuddin sebagai Marissa
Jasmin Hamid sebagai Mastura
Marc Syahmie sebagai Amar
Rahim Jailani sebagai Dato Ismail
Ayu Azlina sebagai Datin Sofia
Shakira Stephen sebagai Hani
Athilla D'hun sebagai Julia
Wan Muhd Faizal sebagai Mirul
Ansa Ahmad sebagai Jai
Afeeq Spero sebagai Hakim
Ariel Izz sebagai Abang Man
Elly Suhaili sebagai Kak Munah
Fadzil A.Aziz sebagai Pak Samad
Ariff Idrus sebagai Amirul
Norlela Kadir sebagai Mak Siti

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Taman Keabadian
Penyanyi: Dato’ Aishah
Komposer & Lirik : Senna

Sinopsis Bila Cinta Menjadi Dosa
Zhafran (Zairi Aziz) pulang ke tanah air selepas lama membawa diri, disambut oleh bapanya, Dato’ Yusof (Zamarul Hisham), serta ibunya, Datin Kalsom (Maria Farida). Namun kepulangan itu tidak sekadar mempertemukan semula mereka, sebaliknya mencetuskan ketegangan yang selama ini tersembunyi di sebalik reputasi dan kemewahan keluarga.

Kemunculan Eva (Che Puan Sarimah Ibrahim), wanita yang mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan Dato’ Yusof, mula menggoncang kepercayaan dan mencipta perpecahan. Dalam kekalutan itu, Nurul Yasmeen (Alya Iman), bekas kekasih Zhafran, kembali hadir dalam hidupnya sebagai setiausaha kepada Dato’ Yusof. Pertemuan tersebut mengheret kembali kenangan, kesilapan dan janji yang pernah dimungkiri.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content