$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

VVIP~D'Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada bekas menteri

SHARE:

  Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada bekas menteri Kontroversi saman fitnah melibatkan Datuk Seri Aliff Syuk...

 Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada bekas menteri


Kontroversi saman fitnah melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman akhirnya terjawab apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan usahawan kosmetik itu membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Dakwaan hutang pelaburan RM30juta

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Hakim Roslan Mat Nor membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman berhubung dakwaan berkaitan hutang pelaburan RM30 juta.

Aliff Syukri turut diperintah bayar kos RM50,000

Selain itu, Aliff Syukri turut diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 serta dikenakan perintah injunksi yang melarangnya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Abdul Kadir.


Mahkamah juga mengarahkan semua kenyataan berkaitan dipadam dalam tempoh tujuh hari.

“Defendan sama ada melalui khidmat atau ejennya menghapuskan label yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari daripada perintah ini.
“Defendan juga akan memberi aku janji bertulis, tidak akan menyebabkan atau menyiarkan sebarang fitnah terhadap Abdul Kadir selaku plaintif,” kata Hakim.

Terdahulu, pada 6 September 2023, Abdul Kadir memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM70 juta terhadap Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah


Beliau mendakwa kenyataanyang dibuat pada Julai tahun sama memberi gambaran seolah-olah dirinya berhutang jutaan ringgit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial.

Dalam pembelaannya, Aliff Syukri mendakwa telah membuat pelaburan sebanyak RM30 juta bagi memenuhi perjanjian usaha sama, namun pihak lain gagal memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
sumber: ohmymedia.cc / Sinar Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content