$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Drama Bayangan Lelaki Sempurna (TV3)

SHARE:

Nantikan drama bersiri Bayangan Lelaki Semapurna akan mengisi slot Akasia TV3 mulai 9 April 2026. Drama terbitan Zamriez Golden Pictures dan...


Nantikan drama bersiri Bayangan Lelaki Semapurna akan mengisi slot Akasia TV3 mulai 9 April 2026. Drama terbitan Zamriez Golden Pictures dan diarahkan oleh Ejump Mohd. Antara barisan pelakonnya ialah Adam Lee, Sweet Qismina, Nadia Brian, Syazuwan Hassan, Riena Diana dan ramai lagi. Saksikan Bayangan Lelaki Sempurna setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3 atau strim di tonton.

Bayangan Lelaki Sempurna
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 9 April 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Zakina Ab Zarith
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Zamriez Golden Pictures

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Ammar / Luth Zafran
Sweet Qismina sebagai Zara Milda
Riena Diana sebagai Dahlia
Nadia Brian sebagai Sabira
Maya Fathia sebagai Aqish
Wanns Ahmad sebagai Fendi
Zazzleen Zulkafli sebagai Zulin
Amin Iman sebagai Ezzat
Azhar Amir sebagai Tuan Rizal
Aleza Shadan sebagai Puan Karina
Syazuwan Hassan sebagai Iqbal
Josiah Hogan sebagai Mukhriz
Firdaus Ghufran sebagai Naufal
Apich Lo sebagai Kael
Lolly Sam's sebagai Qistina Maisara
Elly Suhaili sebagai Hendon
Iman Zulkarnaian sebagai Rafiq

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Mengapa Singgah
Penyanyi: Nomad
Komposer: Aiman Sidek
Lirik: Aiman Sidek

Sinopsis Bayangan Lelaki Sempurna
Kisah pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

Ammar (lakonan Adam Lee), seorang penjual ikan dan bapa tunggal yang menjalani dua kehidupan berbeza apabila mencipta persona sebagai pempengaruh media sosial.

Dalam serba kekurangan, Ammar membesarkan Aqish dengan penuh kasih sayang, dengan bantuan jiran mereka, Zulin (lakonan Zazzleen), pengasuh yang menjaga Qish bersama anaknya, Zara Milda (lakonan Sweet Qismina).

Hari-harinya diisi dengan usaha mencari rezeki demi memastikan Qish terus terjaga walaupun berdepan pelbagai cabaran, sehinggalah berlaku satu kejadian mencemaskan apabila Qish diserang asma, sekali gus memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Desakan hidup yang semakin menghimpit menjadi titik perubahan buat Ammar. Dalam usaha mencari jalan keluar, dia mula membina persona baharu yang dikenali sebagai “Luth Zafran” di media sosial.

Kejayaan yang hadir membuka peluang, termasuk menarik perhatian Dahlia Rizwani (lakonan Riena Diana), seorang wanita yang dikelilingi kemewahan.

Namun, di sebalik kehidupan baharu itu, Ammar dibayangi kebimbangan apabila rahsianya semakin sukar disembunyikan. Apabila kebenaran mula menghampiri, mampukah dia terus mempertahankan segala yang telah diusahakan?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content