$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permohonan Bantuan Awal Ke IPT MUIP 2026

SHARE:

  Permohonan Bantuan Awal Ke IPT MUIP 2026 Sukacita dimaklumkan bahawa siswa kelahiran Pahang kini berpeluang untuk memohon Bantuan Awal ke ...

 

Permohonan Bantuan Awal Ke IPT MUIP 2026

bantuan awal ke ipt

Sukacita dimaklumkan bahawa siswa kelahiran Pahang kini berpeluang untuk memohon Bantuan Awal ke IPT MUIP yang boleh dipohon menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan awal ini.


Apa Itu Bantuan Awal Ke IPT MUIP?

Bantuan Awal ke IPT MUIP merupakan bantuan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) khusus kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Bantuan ini ditawarkan buat pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian iaiti Sijil Asasi / Matrikulasi, Diplima, Sarjana Muda, Sarjana Muda (PJJ), Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD).

Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada siswa kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara dalam salah satu peringkat pengajian seperti yang dinyatakan.


Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian seperti di bawah :

  • Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 400
  • Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)  : RM 600
  • Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,000
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00
  • Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,500.00
  • Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000
  • Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,000


Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Asasi/Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana/Master
  • PhD

Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Beragama Islam.
  • Bermastautin di Negeri Pahang iaitu alamat Kad Pengenalan beralamat di NEGERI PAHANG bagi Pemohon dan Ibu Bapa / Penjaga
  • Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT (dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh surat tawaran)
  • Bagi setiap kategori permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian
  • Mengikuti Pengajian berikut:
    – Asasi/Matrikulasi
    – Diploma
    – Ijazah Sarjana Muda
    – Ijazah Sarjana/Master
    – PhD
  • Perlu disertakan resit bayaran pendaftaran / slip pendaftaran.
  • Bagi permohonan PhD perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
    – Surat Kelulusan Proposal Defense


Cara Memohon

Pelajar boleh lakukan permohonan secara online melalui pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.

Pengguna baharu perlulah mendaftar sebelum mulakan permohonan dan pemohon diingatkan supaya memasukkan nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan pihak pentadbiran MUIP untuk membuat bayaran dan menghubungi pemohon.


Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Awal ke IPT MUIP?

Bantuan Awal ke IPT MUIP ialah bantuan yang disediakan oleh MUIP khusus kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Berapakah kadar bantuan yang bakal diterima pemohon?

– Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 400
– Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)  : RM 600
– Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,000
– Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00
– Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,500.00
– Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000
– Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,00

Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon?

– Asasi/Matrikulasi
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
– Ijazah Sarjana/Master
– PhD

Jika saya belum lagi mendapat tawaran daripada IPT, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Permohon mestilah mendapat tawaran pengajian daripada IPT dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh surat tawaran,

Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh pelajar PhD?

Pemohon PhD perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu Surat Kelulusan Proposal Defense.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Pemohon perlu memohon menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.


]Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Awal Ke IPT MUIP, sila layari laman web https://zakat4pengajian.muip.gov.my/.

sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content