$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Cara Guna KWSP untuk Ansuran Rumah (2026)

SHARE:

  Cara Guna KWSP untuk Ansuran Rumah (2026)   Guna KWSP untuk ansuran rumah adalah salah satu cara yang boleh membantu meringankan beban kew...

 

Cara Guna KWSP untuk Ansuran Rumah (2026)

 

guna kwsp untuk ansuran rumah

Guna KWSP untuk ansuran rumah adalah salah satu cara yang boleh membantu meringankan beban kewangan bulanan, terutamanya apabila komitmen semakin meningkat.

 

Ramai sebenarnya tidak sedar bahawa simpanan KWSP boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara guna KWSP untuk ansuran rumah, termasuk syarat kelayakan dan langkah permohonan yang perlu anda ketahui.

 

Apa itu Pengeluaran KWSP untuk Ansuran Rumah

Pengeluaran KWSP untuk ansuran rumah merujuk kepada kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu ahli membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan menggunakan simpanan mereka.

Membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan bukanlah satu perkara mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan kemudahan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Melalui inisiatif ini, ahli KWSP yang berdepan dengan keadaan kewangan yang tidak menentu boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Sejahtera bagi membantu menampung bayaran ansuran bulanan rumah.

Kemudahan ini amat berguna khususnya ketika anda mengalami kesempitan kewangan, kerana ia membolehkan anda meneruskan bayaran pinjaman tanpa risiko tertunggak.

Pengeluaran ini boleh digunakan sekurang-kurangnya selama enam bulan atau sehingga keadaan kewangan anda kembali stabil, sekali gus memberi ruang untuk anda menyusun semula perbelanjaan dan komitmen kewangan dengan lebih baik.

 

Info Penting Bayar Ansuran Rumah Guna KWSP

  • Pengeluaran ini hanya untuk satu rumah sahaja. Jika rumah telah dijual atau pinjaman selesai, anda tidak boleh guna untuk rumah lain.
  • Anda boleh buat pengeluaran ansuran bulanan dan pengeluaran kurangkan/selesaikan baki pinjaman pada masa yang sama.
  • Permohonan boleh dibuat 30 hari sebelum ansuran bermula, tetapi bayaran hanya bermula pada tarikh ansuran sebenar.
  • Ansuran mesti tamat sebelum umur 55 tahun, dan had umur memohon ialah 54 tahun 6 bulan.
  • Pemohon dengan pinjaman tertunggak (NPL) masih boleh mohon, tetapi bayaran dibuat terus kepada bank melalui cek jurubank.
  • KWSP boleh hentikan bayaran jika pinjaman selesai, rumah dijual/dilelong/dipindah milik, atau jika ada penipuan dokumen.
  • Wang diambil dari Akaun Sejahtera, dimasukkan ke Akaun Khas untuk bayaran ansuran, dan dividen dikreditkan semula ke Akaun Sejahtera.
  • Permohonan seterusnya boleh dibuat 30 hari sebelum bayaran ansuran sebelumnya tamat.
  • Jika pinjaman dibiayai semula, baki pinjaman dikira berdasarkan jumlah terkini.

 

Siapa yang Boleh Memohon

Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayar ansuran rumah adalah seperti berikut:

  1. Warganegara dan Bukan Warganegara Malaysia (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki minima RM600 dalam Akaun Sejahtera
  4. Membeli/ membina sebuah rumah kediaman*
  5. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP**
  6. Ansuran bulanan telah bermula

*Rumah kediaman – jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman dan seumpamanya di Malaysia.

**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

Bagi ahli yang membeli rumah kediaman jenis Small Office Home Office (SOHO) dikehendaki untuk membuat permohonan secara manual di pejabat KWSP.

 

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Pengeluaran IndividuPengeluaran Bersama
Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU
Kesemua simpanan di dalam Akaun Sejahtera
Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU
Kesemua simpanan di dalam Akaun Sejahtera pemohon

Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam (6) bulan*

 

*Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan.


Cara Bayar Ansuran Rumah Melalui i-Akaun KWSP

Berikut adalah cara permohonan bayar ansuran rumah melalui i-Akaun KWSP:

  1. Log masuk ke  i-Akaun KWSP​:
  2. Klik Pengeluaran
  3. Klik Permohonan Baharu
  4. Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  5. Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi
  6. Klik Seterusnya & Terima
  7. Isikan maklumat yang diperlukan
  8. Submit dokumen loan bank
  9. Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.

Setelah permohonan diluluskan, pihak KWSP akan membuat bayaran ansuran secara bulanan bagi pihak pemohon.

NOTA: Bagi anda yang masih belum pernah mendaftar i-Akaun KWSP, sila rujuk artikel berikut — i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata


Dokumen yang Diperlukan

  1. Borang KWSP 9P (AHL) (Bukan pemegang MyKad sahaja)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  3. Buku bank atau salinan penyata akaun bank
  4. Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengandungi maklumat yang ditetapkan KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/ 3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima)*
  5. Perjanjian Jual Beli/ Bukti Gadai/ Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
  6. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/ sekiranya pengesahan cap ibu jari gagal.

*Tertakluk kepada pengeluaran pertama dan seterusnya, dengan atau tanpa pembiayaan semula.

Senarai Semakan Dokumen Permohonan

guna kwsp untuk ansuran rumah

 

 

 

guna kwsp untuk ansuran rumahguna kwsp untuk ansuran rumah


Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–2193 3000 atau Khidmat Pelanggan KWSP di 03–8922 6000 untuk mendapatkan bantuan.

Anda juga boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda melalui pautan berikut:


Soalan Lazim – Bayar Ansuran Rumah Guna KWSP

Apa itu bayar ansuran rumah guna KWSP?

Ia merujuk kepada kemudahan yang membolehkan ahli KWSP menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan, bagi mengurangkan beban kewangan.

Bagaimana cara memohon bayar ansuran rumah guna KWSP?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) atau di kaunter KWSP dengan mengemukakan dokumen berkaitan seperti perjanjian pinjaman perumahan dan jadual bayaran ansuran.

Siapakah yang dibenarkan membuat pengeluaran KWSP untuk bayaran ansuran rumah?

Ahli KWSP yang mempunyai pinjaman perumahan yang sah dengan institusi kewangan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP layak untuk memohon.

Berapakah jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan?

Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera serta jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan yang perlu dibayar.

Apakah kelebihan bayar ansuran rumah guna KWSP?

Antara kelebihannya ialah membantu mengurangkan beban kewangan bulanan, mengelakkan tunggakan bayaran, serta memberi ruang kepada pemohon untuk mengurus kewangan dengan lebih stabil.

Bagaimana langkah permohonan bayar ansuran rumah melalui i-Akaun KWSP?

Berikut adalah cara permohonan bayar ansuran rumah melalui i-Akaun KWSP:

Log masuk ke  i-Akaun KWSP​:
Klik Pengeluaran
Klik Permohonan Baharu
Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi
Klik Seterusnya & Terima
Isikan maklumat yang diperlukan
Submit dokumen loan bank
Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.

Setelah permohonan diluluskan, pihak KWSP akan membuat bayaran ansuran secara bulanan bagi pihak pemohon.

Mengapakah ahli masih perlu hadir ke pejabat KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?

Tujuan ahli perlu hadir ke pejabat KWSP adalah untuk mengesahkan identiti pemohon bagi permohonan yang telah dihantar secara dalam talian.

Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak hadir melakukan pengecaman Cap Ibu Jari?

Permohonan akan ditolak secara automatik jika ahli tidak hadir untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana pejabat KWSP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.​

Apakah dokumen yang perlu dibawa selepas pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) di pejawat KWSP?

Dokumen pengenalan diri ahli yang asal bagi tujuan pengesahan identiti (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera).​

Dokumen sokongan – ahli akan dimaklumkan melalui peti masuk aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)  jika terdapat dokumen sokongan lain diperlukan.

Bagaimana cara ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran mereka?

Menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun​ (Ahli)
Mengunjungi mana-mana pejabat KWSP yang berdekatan

Di manakah pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan?

Ahli boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) dan penyerahan dokumen di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.​

Ahli juga boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana Self-Service Terminal (SST) berdekatan sekiranya permohonan tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.

 

sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content