$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PoliTiKu$$$ ~ Negeri Sembilan panas! PH kesal, tolak langkah pengkhianatan 14 Adun BN cuba tebuk atap

SHARE:

  Negeri Sembilan panas! PH kesal, tolak langkah pengkhianatan 14 Adun BN cuba tebuk atap Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal terhada...

 

Negeri Sembilan panas! PH kesal, tolak langkah pengkhianatan 14 Adun BN cuba tebuk atap



Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang didakwa menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak mencerminkan semangat Kerajaan Perpaduan serta dibuat tanpa mempertimbangkan kepentingan rakyat dan kestabilan pentadbiran negeri.

Menurutnya, langkah berkenaan juga disifatkan sebagai cubaan “menebuk atap” untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, walaupun tiada isu berkaitan prestasi Menteri Besar yang dijadikan alasan utama.

“PH menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO/BN Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Tindakan berkenaan dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, PH kekal komited untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Katanya lagi, PH akan terus memberi kerjasama kepada kepimpinan negeri bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi terus terpelihara, selain mempertahankan peranan institusi Raja-Raja Melayu.


Semalam, kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan dilaporkan sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan kemelut politik yang berlaku.

Bagaimanapun, Aminuddin menegaskan beliau masih menerima titah untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri itu daripada Tuanku Muhriz, sekali gus memastikan pentadbiran negeri terus berjalan seperti biasa.

Sumber: FB Fahmi Fadzil


PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

sumber : ohmymedia.cc / Facebook 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content