$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

TutoReal ~ BANK SIMPANAN NASIONAL ~ myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun

SHARE:

  myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun Seperti mana bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga meny...

 

myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun

daftar mybsn

Seperti mana bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga menyediakan khidmat perbankan online yang mudah dan cepat.

Selain digunakan untuk menjalankan transaksi kemasukan, pengeluaran dan pemindahan wang, BSN online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian Pin Permohonan UPU.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah pendaftaran yang lengkap dan mudah.

daftar bsn online

Apakah myBSN?

Ianya merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kita juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin
  • dan banyak lagi.


Cara Daftar BSN Online @ myBSN

Sebelum mula daftar BSN online, pastikan kita dah ada kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.

Jika tidak, sila ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online. 


LANGKAH 1

  • Tandakan butang ‘Accept’ untuk ‘First Time Registration’.


LANGKAH 2

  • Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2.
  • Masukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.
  • Kemudian isikan nombor cvv2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).


LANGKAH 3

  • Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.
mybsn


LANGKAH 4

  • Masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.
  • Tekan ‘Request OTP’.
  • Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.
  • Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
  • Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).

SELESAI

Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

Anda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.

Sila rujuk panduan video di bawah :

#myBSN Perbankan Internet myBSN Cara Mendaftar
Sumber: [Jom Daftar Perbankan Internet myBSN] Youtube BSN Malaysia


Cara Login MyBSN Pertama Kali

Anda perlu login semula dengan menggunakan username dan password tadi.

Sebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.

 

Selepas itu, anda sudah boleh memulakan transaksi online BSN internet banking!

Jika anda terlupa KATA LALUAN atau ID yang didaftarkan, sila rujuk : Lupa Kata Laluan BSN Online? Ini Cara Tukar Password MyBSN

Perkhidmatan Perbankan Internet BSN

Setelah login, anda boleh mengakses dan pelbagai maklumat akaun BSN anda dan melakukan aktiviti perbankan seperti:

i) Pemindahan Dana

  • Had maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.
  • Tiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.

ii) Semak Rekod Transaksi

  • Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan.  
  • Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’.  Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.

iii) Pembayaran Pinjaman

  • Dengan IBG, anda boleh melaksanakan pemindahan dana serta pembayaran kad kredit, pinjaman dan bayaran ansuran sewa beli kepada bank lain yang tersenarai.
  • Had maksimum harian untuk Transaksi IBG ialah RM10,000.00.


iv) Pembayaran Bil

  • Kemudahan pembayaran yang membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.
  • Perkhidmatan Pembayaran Bil kami adalah percuma.

v) Pembelian Pin

  • Dengan BSN, anda boleh membeli PIN UPU online untuk diri sendiri atau orang lain.
  • Cuma masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar/calon.

vi) Beli Sijil Simpanan Premium (SSP)

  • SSP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN sahaja.
  • Anda mesti ada Kad ATM BSN yang sah dan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet sebelum membeli SSP secara online.
  • Semak dan sahkan alamat anda terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian SSP. Tiada had untuk pembelian SSP melalui myBSN.

 

Maklumat Lanjut

Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Talian ini dibuka 24 jam sehari.

Untuk melihat Soalan Lazim tentang cara daftar BSN online dan perkhidmatan yang disediakan, sila rujuk di pautan berikut: Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/

 

pasca-sumber= ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content