Hukum Jual Beli Kucing

SHARE:

Boleh ke kita melakukan transaksi jual beli kucing kepada sesiapa sahaja atau menjual secara terbuka di media social seperti membuat pengikl...

Boleh ke kita melakukan transaksi jual beli kucing kepada sesiapa sahaja atau menjual secara terbuka di media social seperti membuat pengiklanan?

Dibawah ini ada soalan yang  di dapati di dalam website Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan. Jom kita baca untuk soalan serta jawapan yang diajukan kepada orang yang bijak pandai tentang agama.

SOALAN: 

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz. 


JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama:

Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.

Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.

Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Kedua:

Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tersabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

Tarjih:

Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.

Wallahuaʿlam

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1678-hukum-jual-beli-kucing

Jadi apa yang kita faham ialah kucing haram dijual beli kecuali atas untuk dapatkan manfaat seperti menangkap tikus atau membuat perkara lain yang kucing boleh buat untuk memberikan kebaikkan kepada kita.

Jikalau ada niat lain tertentu kemungkinan akan jatuh haram atau makruh mengikut keadaan yang diceritakan melalui soalan dan jawapan daripada website muftiwp.

Semoga kita dijauhkan daripada sikap yang sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Jadi hargai kucing anda dan jaga dengan baik-baik.

Pada pandangan saya, banyak benda lain boleh berniaga dan jikalau tidak mampu nak bela kucing, baik jangan bela. Kalau nak beri makanan kepada kucing liar itu lagi banyak pahalanya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content