$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat Mangsa Terakhir Dijumpai

SHARE:

Mayat terakhir mangsa diiringi oleh anggota-anggota SAR yang bertungkus-lumus dalam misi berkenaan selama sembilan hari. - Gambar Astro AWAN...


Mayat terakhir mangsa diiringi oleh anggota-anggota SAR yang bertungkus-lumus dalam misi berkenaan selama sembilan hari. - Gambar Astro AWANI

HULU SELANGOR: Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, ditemukan sebentar tadi.

Mayat ke-31 itu yang dipercayai kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5 petang dari kawasan kejadian.

Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan adalah seramai 31 orang.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kesembilan bersambung sekitar pukul 8 pagi.

Operasi SAR hari ini difokuskan di sektor A (Hillview), dengan keanggotaan 80 di zon merah.

Dalam tragedi pada awal pagi Jumaat lalu, seramai 92 individu terlibat dengan 31 mangsa terkorban.

Sementara itu, 61 lagi dilaporkan terselamat.


Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-runtuh-batang-kali-mayat-mangsa-terakhir-dijumpai-398610

Alhamdullilah, selesai sudah tugas wira negara untuk agensi yang terlibat pada hari kesembilan operasi ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) kerana sudi membantu mencari mangsa sehingga dapat. Anda memang terbaik.

Kerajaan patut bagi imbuhan kepada mereka yang menyertai misi ini kerana ada yang pengsan, letih dan sebagainya ketika proses pencarian mangsa runtuh ini.

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa di atas peristiwa tanah runtuh tersebut. Kita tidak tahu tentang bencana alam yang akan berlaku tetapi kita boleh elak dengan jangan pergi ke tembah risiko tanah runtuh ketika hujan lebat dan sebagainya.

Semoga keluarga mangsa bersabar dan bertenang menghadapi ujian yang berat ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content