$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Beli Juadah Di Bazaar Ramadhan TTDI @ Taman Tun Dr Ismail, KL

SHARE:

Beberapa hari nak raya ini saya rancang dengan keluarga kita tidak perlu dah makan di luar dan hanya pergi bazar sahaja dan jalan di banyak ...

Beberapa hari nak raya ini saya rancang dengan keluarga kita tidak perlu dah makan di luar dan hanya pergi bazar sahaja dan jalan di banyak bazar sekitar Selangor atau Kuala Lumpur ini. Oleh itu, kami mulakan misi dengan beli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan TTDI @ Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Bazarnya boleh dikatakan banyak juga menu yang tersedia disitu dan terdapat banyak khemah warna kuning dengan tajaan Yes Telco Terpantas Di Malaysia.

Hari ini saya beli Nasi Tomato berharga RM15 satu set dan ditambah pula dengan daging dengan harga RM5. Memang rasa agak mahal, tapi apabila difikirkan berada di Kuala Lumpur dan bukannya Pulau Pinang. Terpaksa hadap dengan harga sebegitu walaupun otak fikir mahal.

Disitu juga kalau hendak pergi pastikan ada Kad TNG ataupun Kad Debit serta Kad Kredit untuk memudahkan anda masuk parking berbayar dan anggaran 1 jam harganya RM6 kerana parking percuma ini memang penuh.

Full house sungguh event waktu bekerja mahupun waktu bercuti, bagaimanapun susah nak cari parking dengan pusing dekat 5 kali kawasan bazar ramadhan tersebut. Akhirnya aku mengalah dengan masuk ke parking berbayar, amat kaya sungguh tokey buat parking disitu.

Tapi di antara Bazaar Ramadhan TTDI @ Taman Tun Dr Ismail, KL dengan Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Seksyen 13, saya rasa bazar stadium panjang lagi dan bermacam juadah disediakan. TTDI agak kecil sedikit.

Walaubagaimanapun, akhir cerita majoriti bazar tetap sama dan tiada beza. Cuma kalau ada menu special dan teringin nak makan. Orang jauh akan sampai disitu, kalau tidak anda telah menghabiskan masa dan duit serta minyak.

Sumber gambar : Youtube & https://thokohmakan.com/bazaar-ramadhan-ttdi/

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content