$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Laluan Persiaran Mokhtar Dahari Sesak Teruk Setiap Hari

SHARE:

Saya dengan isteri merupakan pengguna jalan Persiaran Mokhtar Dahari hampir setiap hari untuk ke tempat kerja dan hantar anak sekolah. Boleh...

Saya dengan isteri merupakan pengguna jalan Persiaran Mokhtar Dahari hampir setiap hari untuk ke tempat kerja dan hantar anak sekolah. Boleh dikatakan kawasan situ amatlah sibuk dan busy kerana daripada banyak lorong kepada 1 lorong sahaja dan kemungkinan disebabkan naik bukit?

Dibawah ini ada satu berita daripada Berita Harian berkaitan perkara ini pada tahun 2022 lagi yang dimana hampir setiap penduduk disitu dan yang menggunakan laluan itu harap dapat memperbesarkan jalan supaya dapat memberikan kesenangan dan kurangkan kesesakan.

SHAH ALAM: Pihak berwajib dirayu segera melaksanakan pelebaran laluan sedia ada di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, yang sering mengalami kesesakan teruk membabitkan anggaran lebih 100,000 pengguna, terutama pada waktu puncak sejak dua minggu lalu.

Ia adalah laluan utama penduduk di beberapa kawasan penempatan sekitar, terutama dari Alam Budiman, Kampung Meru dan Puncak Alam, yang kini terpaksa menempuh kesesakan hampir sejam berbanding perjalanan hanya memakan masa lima minit sebelum ini.

Malah, kekurangan lorong untuk menampung peningkatan aliran trafik di laluan terbabit kerap menyaksikan kesesakan berlaku hingga sepanjang lebih tiga kilometer (km).

Pengguna, Mohd Marzuki Abdullah, 48, mendakwa kesesakan lazimnya bermula dari seawal jam 6.30 pagi dan pernah berlarutan hingga jam 9 malam, menyebabkan ada yang kelewatan menghantar anak ke sekolah.

Namun, katanya, beliau tiada pilihan kerana ia adalah satu-satunya laluan untuk menghantar anak ke sekolah berdekatan.

"Saya tinggal di Alam Budiman dan menggunakan laluan ini setiap hari sejak 2009. Malangnya sejak kebelakangan ini, ia semakin sesak tanpa mengira hari sehingga saya terpaksa bertolak lebih awal berbanding biasa," katanya ketika ditemui.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman, Badrulhisham Shahbudin, 53, berkata pihak berwajib perlu segera menyelesaikan masalah kesesakan di laluan itu, lebih-lebih lagi keadaan semakin teruk sekiranya berlaku kerosakan kenderaan dan kemalangan.

"Saya melihat berlaku peningkatan jumlah kenderaan, antaranya selepas pembukaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada 14 Oktober lalu.

"Masalah berlaku kerana laluan melepasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana hanya satu lorong, sedangkan jumlah kenderaan terlalu banyak," dakwanya.

Badrulhisham berpendapat, masalah kesesakan itu boleh diatasi sekiranya pihak berwajib melebarkan lagi jalan dengan menambah lorong di laluan berkenaan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli, berkata pihaknya berharap kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi isu berkenaan yang turut menjejaskan penduduk di Puncak Alam.

"Rakyat kini terbeban dengan masalah kesesakan teruk itu. Jumlah penduduk juga semakin meningkat dengan pembinaan projek perumahan baharu. Justeru, pelebaran jalan berkenaan perlu segera dilakukan," katanya.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1016979/sesak-teruk-pengguna-rayu-segera-lebarkan-laluan-persiaran-mokhtar

Disitu banyak lalu daripada Shah Alam & Lebuhraya Dash lalu disitu dan hendak pergi ke Setia Alam memlalui Alam Budiman ataupun terus ke Puncak Alam.

Ibarat disitu dikira sebagai laluan utama yang terlampau sibuk apabila tiba waktu puncak dan jikalau sunyi pun mungkin tengah malam atau waktu hari bercuti tetapi bercuti pun kita boleh lihat pada tengah malam dan awal pagi sahaja.

Walaupun hari-hari stress, kalau nak laju sila naik motor sebab boleh selit sana sini tapi kerapkan berhati-hati takut silap hari bulan kita tersilap langkah dan akan makan tar serta tanah. Sila berhati-hati di jalan raya. Insyallah rasanya lagi berapa tahun kita akan selesa dengan jalan besar.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content