$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Berbuka Puasa Di 1 Utama Shopping Centre

SHARE:

Semalam pada bulan ramadhan ini, isteri ada ajak untuk pergi masuk Shopping Mall untuk melihat kasut anak yang dah ketat nak dipakai. Jadi k...

Semalam pada bulan ramadhan ini, isteri ada ajak untuk pergi masuk Shopping Mall untuk melihat kasut anak yang dah ketat nak dipakai. Jadi kena beli baru dan ingin mencari jenama Disney kerana di 1 Utama Shopping Centre ada dua tempat besar iaitu Aeon dan juga Parkson.


Kami sekeluarga pergi sebelum waktu berbuka iaitu selepas asar dan terus bergerak daripada rumah ke tempat yang hendak dituju iaitu 1 Utama Shopping Centre. 

Apabila masuk di dalam parking, kami termasuk ke parking mana kami tidak pasti kerana ada sesetengah parking itu, sangat penuh kereta dan berebut dan tempat yang kami sesat itu, kereta tak banyak tapi ternampak ada signboard tulis hotel. Dalam hati saya mungkin tempat parking hotel tapi ada sambungan parking daripada tempat shopping itu.

Jenuh juga jalan berulang-alik cari tempat makan untuk berbuka di dalam itu terutamnya tempat makanan yang orang melayu suka makan. Isteri ada tanya juga kedai makan pada pukul 6 petang untuk booking seperti di Johnny's Restaurant dan juga Black Canyon Restaurant tapi semuanya memang full house!

Kalau hendak pergi masuk ke dalam shopping mall dan ingin berbuka puasa. Pastikan pukul 5 petang sudah tempat kedai makan untuk berbuka dan anda silalah pergi jalan-jalan satu mall ini.

1 Utama Shopping Centre memang teramat besar, sampai lenguh kaki hendak berjalan ke sana kemari. Satu lagi keduduk Aeon dengan Parkson ialah berbeza Wing iaitu tempat bangunan. Kena ulang alik untuk cari kasut anak.

Sebelum berbuka itu dah rasa tak larat, kami berhenti sekejap di Dunkin' Donuts disebabkan ada meja kecil kosong dan isteri terus beli donut untuk saya dan anak-anak sebelum masuk dah waktu berbuka. Selepas itu kami makan sesi kedua di Black Canyon Restaurant.

Dan terus bergegas ke Bata untuk cari kasut raya anak sebab dah nak tutup dah Shopping Mall pada pukul 10. Akhirnya jumpa juga kasut biasa iaitu macam kasut Crocs. Sebab anak saya suka kasut macam itu, selesa untuk di pakai.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content