$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tips Berbuka Puasa Di Shopping Mall

SHARE:

Jikalau anda hendak berbuka puasa @ iftar di Shopping Mall ataupun membuat jamuan berbuka puasa @ iftar tempat belajar atau kerja mahupun be...

Jikalau anda hendak berbuka puasa @ iftar di Shopping Mall ataupun membuat jamuan berbuka puasa @ iftar tempat belajar atau kerja mahupun bersama dengan keluarga anda pastikan membuat kaji selidik dahulu sebelum membuat satu perkara kerana Shopping Mall merupakan tempat orang ramai membeli-belah.

Orang ramai akan tertumpu di kawasan Shopping Mall tersebut sehingga terlampau sesak sehinggakan ada yang akan terlepas pandang tentang perkara yang remah ataupun tempahan yang kita hendak tempah sudah penuh.

Dibawah ini saya hendak kongsikan sedikit tips berbuka puasa di shopping mall :

1) Membuat Tempahan Kedai Makan

Pastikan anda membuat tempahan awal jikalau ingin makan sewaktu berada di shopping mall untuk elak tempahan penuh walaupun masih ada masa 1-2 jam sebelum waktu berbuka. Kalau boleh buat awal 1-2 hari lagi terbaik. Dapatkan nombor kedai tersebut dan buat tempahan terus pada waktu yang sebenar supaya memudahkan urusan dan terutamanya memerlukan meja yang banyak.

2) Datang Ke Lokasi Lebih Awal

Kalau boleh pastikan datang ke lokasi tempat waktu berbuka lebih awal untuk elak kesesakan di dalam shopping mall ini. Anda kena ingat bukan anda seorang sahaja berada disitu, beribu-ribu orang akan berada di dalam shopping mall dan mempunyai banyak perancangan untuk beli dan makan dimana. Jikalau terlambat, anda mungkin akan sampai dengan lambat ke lokasi.

3) Jangan Bawa Kenderaan Sendiri

Kalau boleh elakkan bawa kenderaan sendiri, sila naik LRT, MRT dan Monorail jikalau ada ataupun GrabCar, Teksi dan sebagainya. Kalau ada kawan yang duduk hampir dengan anda, minta tolong ambilkan dan penuhkan kereta tersebut. Sebab kawasan parking di Shopping Mall sangat limited sehingga terpaksa pusing 2 atau 3 kali di tempat yang sama dan anda sudah rugi masa disitu.

4) Tahu Menu Apa Yang Hendak Ditempah

Sebelum hendak makan selalunya akan akan survey menu apa yang anda hendak makan. Ada yang alergik makanan itu dan ada yang tidak boleh minum minuman macam ini. Pelbagai jenis ragam orang ada disini. Oleh itu lihatlah websisite, media social dan telefon sahaja untuk tahu menu apakah yang tersedia sebelum membuat tempahan.

5) Solat Dulu Sebelum Makan

Untuk yang suka bersembang sebilang masa tanpa henti, saya cadangkan anda tunggu dahulu di surau berserta kurma ataupun air masak. Selepas masuk waktu berbuka, pastikan solat dahulu dan terus ke lokasi kedai makan yang hendak makan dan anda boleh habiskan masa dengan lama disitu tanpa perlu risau bahawa kita ini solat atau tidak lagi.

Diharapkan tips ini sangat berbuka untuk anda jikalau ingin berbuka puasa @ iftar di shopping mall. Di dalam shopping mall ini kita kena cepat sebab majoriti orang disitu akan membuat perkara yang sama dan apabila tiba waktu berbuka, semestinya semua orang muslim disitu nak buka puasakan?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content