Buang Masa Sangkut Jem Di Terowong Menora

SHARE:

Semalam kalau diikutkkan jarak perjalan antara Selangor iaitu rumah saya ke Kedah iaitu rumah mentua saya hanyalah dalam anggaran 5 - 6 jam ...

Semalam kalau diikutkkan jarak perjalan antara Selangor iaitu rumah saya ke Kedah iaitu rumah mentua saya hanyalah dalam anggaran 5 - 6 jam sahaja jikalau tiada sekatan atanpun kesesakan / trafik jem. Jikalau trafik berjalan lancar, bawah 5 jam memang akan terus sampai ke rumah mentua saya di Kedah.


Trafik sesak sejauh 6 kilometer akibat kemalangan sebuah treler dan lori tangki dalam kemalangan di KM257.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Perak hari ini.

Kemalangan itu mengakibatkan lorong kiri terhalang dan pihak PLUS menasihatkan agar semua pengguna yang akan melalui kawasan tersebut merancang semula perjalanan masing-masing.

📸 Rasid Lamak | BERNAMA

Sumber : https://twitter.com/bernamadotcom/status/1648681502509776896

Nak dijadikan cerita semalam, saya banyak kali sangkut di atas lebuhraya / highway kerana orang nak pulang balik raya di kampung dan kerajaan juga menyediakan tol percuma kepada semua pengguna yang menggunakan lebuhraya untuk semua kelas.

Ceritanya jikalau memberikan tol percuma untuk semua kelas, banyak lori masuk atas lebuhraya / highway ini dan kadang-kadang membuatkan kesesakan apabila untuk naik bukit dan sebagainya. Pada malam semalam, sebuah lori telah terbalik semasa hendak turun Terowong Menora di Jelapang menghala ke Utara.

Saya daripada Selangor ke Kedah untuk pulang beraya ambil masa selamat 10 jam kerana sudah sangkut selama 2 jam lebih untuk menunggu dibawah Terowong Monora sebelum naik ke atas kerana dapat infomasi terdapat 1 lorong sahaja dibuka dan pihak berkuasa tengah berusaha untuk clearkan jalan.

Semoga perjalanan anda sangat mudah pada hari ini kerana mesti seronok untuk pulang ke kampung balik raya kan. Saya pun macam itu juga teruja terutamanya dapat tol secara percuma dan tidak perlu bayar untuk banyak lebuhraya / highway tapi disebabkam kesesakan yang berlaku semalam. Sahur juga saya sampai rumah mentua saya di Kedah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content