Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Lihat Anak Bulan

SHARE:

Mesti anda tidak sabarkan bilakah tarikh hari raya untuk kita umum untuk sambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023 ini. Tarikh tersebut ia...

Mesti anda tidak sabarkan bilakah tarikh hari raya untuk kita umum untuk sambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023 ini. Tarikh tersebut ialah hari ini. Jadi kita nantikan dan selalunya sebelum berita di Television / TV RTM kita akan dapat tahun bilakah kita raya.


Adakah tahun ini akan jadi raya terkejut juga seperti tahun lepas 2022? Sangkakan lusa raya tetapi esoknya sudah raya. Memang haru biru waktu itu bahawa tahu esoknya rayakan. Meriahnya suasana kita itu yang kita tidak dapat lupakan.

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444 H / 2023 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut dikongsikan tarikh cerapan hilal dan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 serta isu yang tular berkenaan tarikh pengumuman hari raya 2023.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2023

Cerapan Hilal / tarikh lihat anak bulan Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.

Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2023

Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202322 APRILSABTUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202323 APRILAHADHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI
Tarikh Hari Raya Puasa 2023

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.


KAEDAH PENENTUAN AWAL RAMADAN DAN HARI RAYA DI MALAYSIA

Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.

Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.

Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.

Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.

Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.

Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.

Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.

Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.

Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.

Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.

Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).

Untuk bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/

Sumber : https://ecentral.my/pengumuman-hari-raya-aidilfitri/

Sama-sama kita nantikan pengumuman raya pada hari ini iaitu bersamaan dengan 20 April 2023 untuk menentukan bahawa 21 April 2023 kita semua sambut Hari Raya Aidilfitri ataupun 22 April 2023 kita sambut hari raya.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua penduduk Islam di Malaysia.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content