$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PM Umum Tol Rahmah Percuma Empat Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri

SHARE:

Hari ini pada pukul 2 petang tadi ada berita menarik untuk para perantauan yang jauh daripada ibubapa untuk pulang balik berhari raya iaitu ...

Hari ini pada pukul 2 petang tadi ada berita menarik untuk para perantauan yang jauh daripada ibubapa untuk pulang balik berhari raya iaitu kita akan diberikan tol percuma tanpa bayaran sempena hari raya aidilfitri di semua lebuhraya bagi semua jenis kelas kenderaan bermula 19 April (12.01AM), 20 April, 21 April 2023 (11.59 PM) dan 24 April 2023

Kalau anda balik di waktu itu, silalah rancang cuti anda dan sila memandu dengan berkhemah ketika berada di jalan raya. Ini adalah rezeki kita untuk berjumpa dengan orang tua.

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma, pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tol percuma itu akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat).

Selain itu, tol percuma juga akan dilaksanakan pada 24 April 2023 (Isnin).

"Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

"Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-umum-tol-rahmah-percuma-empat-hari-sempena-aidilfitri-415983

AYUH! KITA SEMUA BALIK KAMPUNG PADA TARIKH TERSEBUT! MALAYSIA MADANI!



Pertama kali tol percuma selama 4 hari di 33 lebuh raya seluruh Malaysia mengikut jenis lebuhraya masing-masing. Dibawah adalah senarainya lebuh raya yang akan dapat tol percuma :

  1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  4. Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  8. Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  9. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)
  10. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  11. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  12. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  13. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  14. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  16. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  17. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  18. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  19. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  20. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
  21. Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA)
  22. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  23. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
  24. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  25. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  26. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  27. Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  28. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS)
  29. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  30. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
  31. Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)
  32. Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)
  33. Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)


Jangan lepaskan peluang ini untuk berjumpa keluarga tercinta terutamanya orang tua yang selalu mengharapkan anda balik awal ke kampung untuk berbuka puasa dan merayakan bersama dengan gembira.

Saya pun kini menjadi orang jauh di antara adik-beradik pun sangat terutaja untuk berjumpa dengan mama, abah dan semua yang berada di kampung. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan. 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content