$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PM Umum Cuti Tambahan Satu Hari Untuk Hari Raya Aidilfitri

SHARE:

Bergembiralah wahai semua penduduk Malaysia kerana Perdana Menteri (PM) akan diberikan 1 hari cuti tambahan untuk semua tidak kira anda kerj...

Bergembiralah wahai semua penduduk Malaysia kerana Perdana Menteri (PM) akan diberikan 1 hari cuti tambahan untuk semua tidak kira anda kerja kerajaan / swasta / sekolah / ipt dan lain-lain lagi.


PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang hanya akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023.

"Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

"Ia adalah berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan," katanya.

Tambah beliau, Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-umum-cuti-tambahan-satu-hari-untuk-aidilfitri-415991 


Disini saya simpulkan supaya anda lebih cepat faham tanpa sebarang masalah :
  • Jikalau 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023 maka Isnin, 24 April 2023 hari cuti tambahan
  • Jikalau 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023 makaJumaat, 21 April 2023 hari cuti tambahan
Semoga apabila dapat cuti ini dapat memberikan manfaat yang paling terindah kepada semua penduduk Malaysia kerana dapat spend time bersama dengan keluarga jauh yang tercinta.

Saya pun rasa sangat gembira walaupun saya sudah dapat cuti pada dua tarikh tersebut kerana orang lain yang begitu susah dapat cuti ataupun tidak dapat cuti dan bekerja office hour iaitu kerja pergi pagi balik petang.

Semoga segala rezeki yang tunjukan dengan memberi cuti untuk kira rehat ini dapat kebaikkan semuanya. Malaysia Madani!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content