$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

View Chin Mohon Maaf Di Dalam Media Social Facebook

SHARE:

Berita paling hangat buat masa kini ialah View Chin mohon maaf di dalam media social facebooknya sendiri kerana kesilapan dia dan ingin meru...

Berita paling hangat buat masa kini ialah View Chin mohon maaf di dalam media social facebooknya sendiri kerana kesilapan dia dan ingin merupakan ujian sangat berat buat dirinya.



Pelbagai kecaman serta viral yang telah keluar berkaitan dengan View Chin ini dan boleh dikatakan di dalam Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok dan bermacam-macam tempat lain tular berkaitan dengan cerita hangat View Chin ini.

Kuala Lumpur: "Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin," kata usahawan dan pempengaruh, View Chin.

View Chin memberi reaksi itu menerusi Facebook (Fb) selepas terpalit kontroversi curang dengan isterinya.

Menerusi hantaran sama, View Chin memohon orang ramai memberinya ruang dan sedia memberi kenyataan dalam waktu terdekat susulan isu membabitkan dirinya.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri.

"Bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa," katanya.

Menurut View Chin, sejak tularnya isu berkenaan, banyak urusan perlu diselesaikan dengan peniaga dan dia juga perlu menjawab pertanyaan daripada wakil jenama yang berurusan dengannya.

Katanya, isu membabitkan dirinya itu juga memberi impak hingga tidak dapat menjalankan perniagaan apabila premis dan kakitangannya diganggu mereka yang berkenaan.

"Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang, semua barang sudah dipindahkan.

"Pelbagai kerja saya perlu selesaikan, 'seller' (peniaga) dan semua 'brand' barangan bertanya berkenaan perkara yang 'viral' (tular) dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.

"Saya perlu satu persatu menjawab setiap 'seller' dan memulangkan kembali duit mereka.

"Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu. Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila wanita dikenali Shermine mendakwa View Chin curang bersama kakitangan yang sudah dianggap seperti keluarga.

Pendedahan itu dibuat Shermine menerusi Facebook (Fb) miliknya dengan memuat naik beberapa bukti seperti tangkap layar perbualan di WhatsApp.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya simpati terhadap Shermine dan menyalahkan View Chin serta wanita didakwa menjadi orang ketiga.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/958185/view-chin-mohon-maaf


Daripada sumber lain mengatakan View Chin akan mencerita apa yang berlaku terhadap dirinya kerana untuk menjaga bisnesnya yang tidak menentu selepas tular / viral berkaitan perkara tersebut.

Itulah kehidupan, apabila terlampau senang bermacam-macam dugaan akan melanda kita dan kita tidak sedar dan apabila sudah berlaku baru kita akan sedar akan kehilangan kerana diri sendiri dan bukannya orang lain.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content