$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Ini Tujuh Khabar Gembira Diumum PM Anwar Sempena Raya Aidilfitri

SHARE:

Ada 7 berita khabar gembira yang telah disampai oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Anuar Ibrahim kepada semua penduduk Malaysia sempen...

Ada 7 berita khabar gembira yang telah disampai oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Anuar Ibrahim kepada semua penduduk Malaysia sempena hari raya Aidilfitri ini. Semoga kelebihan ini dapat digunapakai oleh semua dan semua membacanya dengan senang hati sekali.


Perkara dan berita baik ini perlu disebarkan kepada semua untuk sama-sama tahu apa yang kerajaan bagi sempena nak sambut hari raya Aidilfitri ini sama-sama bersama dengan keluarga tercinta disamping itu dapat meringan beban yang lain.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh berita baik buat rakyat Malaysia dalam sidang media khas beliau di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Selasa.

Antara berita baik tersebut ialah berkaitan tol percuma, hari cuti tambahan dan kadar diskaun khas saman PDRM, semuanya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Berikut merupakan ringkasan pakej berita baik diumumkan Perdana Menteri pada Selasa:

1. Tol Rahmah Percuma

Pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

Tol Rahmah Percuma akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).

2. Tambahan hari kelepasan am

Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023.

3. Diskaun Khas pengusaha Menu Rahmah

Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas.

4. Kadar Khas Bayaran Saman

Bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

5. Penyelenggaraan jalan

Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

6. Penurunan harga simen

Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.

7. Pelepasan lebih 1,000 OBB

Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti).

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-tujuh-khabar-gembira-diumum-pm-anwar-sempena-aidilfitri-416013

Jarang nak ada berita gimmick sebegini sebelum ini, semoga banyak lagi selepas ini dan akan membantu rakyat sebilang masa tanpa yang miskin ataupun yang kaya.

Sebarkan kepada yang masih belum tahu supaya tersebar dan semua orang akan tahu dan ambik kelebihan yang anda untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content