BNM Umum OPR Naik Kepada 3.0 Peratus

SHARE:

Kadar Overnight Policy Rate (OPR) naik lagi buat tahun ini dan sudah banyak kali juga selepas Covid-19 dan menyebabkan kadar hutang menjadi ...


Kadar Overnight Policy Rate (OPR) naik lagi buat tahun ini dan sudah banyak kali juga selepas Covid-19 dan menyebabkan kadar hutang menjadi lagi tinggi daripada biasa. Saya sudah terkena keraan sewaktu Covid-19 saya ada beli rumah dengan kadar yang murah tapi sekarang sudah naik banyak kali ganda daripada harga biasa.
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik Covid-19 iaitu pada 7 Mei 2019.

BNM turut memaklumkan kebanyakan bank pusat mengekalkan dasar kewangan yang ketat.

“Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

“Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi,” memetik kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, BNM memaklumkan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan.

Pada tahap OPR semasa, maklum BNM, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

Malah, MPC juga katanya akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

INFLASI MENURUN

Mengulas berkenaan kadar inflasi ketika ini, bank pusat itu berkata inflasi keseluruhan menunjukkan trend menurun pada bulan-bulan kebelakangan ini disebabkan oleh faktor kos yang menurun.

“Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang tahun 2023, berpurata antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.

“Bagaimanapun, inflasi teras akan kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan yang kukuh.

“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian daripada tekanan inflasi yang meningkat,” memetik kenyataan itu.

Malah, BNM turut mengakui, imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri termasuk mengenai subsidi dan kawalan harga, perkembangan pasaran kewangan serta harga komoditi global. - Awani
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/256757/berita/nasional/bnm-umum-opr-naik-kepada-30-peratus


Nak buat macam manakan kerana OPR naik atau turun itu semua kita bukan tentukan dan terpaksa redha dengan ketentuanNya kerana kita hanya mampu bayar bulan-bulan sahaja daripada jumlah yang rendah terus kepada jumlah harga yang tinggi tiap-tiap bulan kerana kenaikkan OPR ini tanpa yang kita jangka.

Saya juga terkesan hasil daripad OPR ini dan terpaksa cari duit lebih juga nak bayar dan siapa suruh berhutang dengan bank kalau tidak mahu merasa OPR. Pastikan semua beli cash / wang tunai baru bebas daripada OPR. HUHU!


Berikut adalah kadar OPR sebelum ini iaitu waktu Covid-19 tengah rancak dan sehingga sekarang.
  • 19 Januari 2023 – Kadar OPR dikekalkan sebanyak 2.75%
  • 3 November 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25bps kepada 2.75%
  • 8 September 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25bps kepada 2.50%
  • 6 Julai 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.25%
  • 11 Mei 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.00%
  • 7 Julai 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 1.75% (terendah dalam sejarah)
  • 5 Mei 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 50 bps kepada 2.00 %
  • 3 Mac 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.50%
  • 22 Januari 2020 – Potongan kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.75%
**bps – basic points (mata asas)

Bermakna OPR naik lebih lagi daripada sebelum Covid-19 dan terpaksa terima hakikat dan jangan terlampau pasrah. Kerapkan buat kerja part time / sambilan seperti saya dengan menulis blog WanFar Media. Kalau tidak saya pun tak sanggup nak tulis blog sebab nak karang banyak. HAHA!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content