Siti Bainun Kena Penjara 12 Tahun

SHARE:

Tertuduh Siti Bainun Ahd Razali tiba di perkarangan mahkamah hadir untuk mendengarkan keputusan di akhir kes pembelaan pengasas Rumah Bonda ...

Tertuduh Siti Bainun Ahd Razali tiba di perkarangan mahkamah hadir untuk mendengarkan keputusan di akhir kes pembelaan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella di Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Jalan Duta.

Akhirnya keputusan Adik Bella ini sudah hendak sampai di penghujungnya kerana Siti Bainun akan dikenakan penjaga selama 12 tahun lamanya dan agak lama juga kes ini berjalan daripada tahun ke tahun baru selesai semuanya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Hakim, Izralizam Sanusi, membuat keputusan itu selepas mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

Beliau mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini, susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja itu.

Beliau juga menetapkan supaya Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam yang disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Siti Bainun yang memakai baju kuning dan berseluar hitam ditemani seorang wanita, memasuki lobi mahkamah jam 8.20 pagi.

Dia kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh lebih 10 pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Pada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 Januari lalu.

Saksi lain memberi keterangan ialah pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai serta pegawai penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim dan Nor Aidil Farhab Johaizad.

Siti Bainun, 31, sepatutnya memberi keterangan membela diri pada 16 Januari lalu, namun prosiding ditangguhkan berikutan tiga peguamnya iaitu Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maarof dan Nur Ellena Mohamed Razif menarik diri daripada mewakilinya.

Prosiding membela diri itu bersambung keesokannya, namun dua lagi peguamnya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil turut membuat keputusan menarik diri daripada mewakili Siti Bainun sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.

Pada 26 Januari lalu, Hakim, Izralizam Sanusi, mengarahkan Siti Bainun memberi keterangan membela diri walaupun wanita itu tidak diwakili peguam supaya tidak mengganggu perjalanan kes.

Bagaimanapun, pada 20 Februari lalu, Siti Bainun melantik semula Mohammad Farhan yang pernah mewakilinya semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Pendakwaan mengemukakan 22 saksi termasuk bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur yang memberi keterangan pada perbicaraan bermula 30 Mac 2022.

Pada 24 November 2022, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1096496/siti-bainun-kena-penjara-12-tahun 

Saya tidak mahu komen banyak sebab saya tidak mengikuti kes ini sepenuhnya dan agak kesian melihat Adik Bella pada mulanya dengan video serta badan yang melecur teruk akibat perbuatan Siti Bainun ini. Kebenaran sudah ditegakkan dan semoga segalanya dipermudahkan.

Akhir sekali saya hendak cakap yang salah tetap salah tidak perlu tegakkan benang yang basah dan yang salah tetap akan dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang berlaku. Walaupun terlepas di dunia tetapi tetap kena di akhirat kelak.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content