Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) VS. Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub (ASWAJA)

SHARE:

  Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menjelaskan tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama ...

 











Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menjelaskan tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar pada Jumaat.


Menurut Ustaz Wadi, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) berhubung permohonan tauliah tersebut sebelum ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.


"Semoga dengan kenyataan maklum balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Ustaz Wadi berkata demikian mengulas laporan akhbar bahawa JAIPs akan memanggilnya kerana didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Khamis.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang dekat sini, perlu hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April ini.


Menurutnya, Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar yang menganjurkan program tersebut juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan.


“Dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan, dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu, jadi dia mohonlah dahulu tauliah itu.


“Kita hendak tengok juga siapa yang dia hendak ceramah tetapi dia enggan, malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga ditegaskan supaya minta tauliah terlebih dahulu," katanya.


Penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar mendakwa penafian haknya untuk tampil bersama barisan peguamnya bagi memberi keterangan di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) adalah punca sesi berkenaan gagal dijalankan hari ini.


Pendakwah yang berasal dari Sungai Petani itu tampil seperti dijanjikan di Pejabat JAIPs bagi memberi keterangan berhubung penyertaannya pada program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang, pada 28 Mac lalu yang dikatakan dilaksanakan tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.


Ustaz Wadi yang ditemani dua peguamnya, Mohd Jamil Yaacob dan Mohamad Kamarulzaman Jusoh tiba sekitar jam 10 pagi sebelum dibenarkan memasuki pejabat JAIPs sekitar jam 10.30 namun sepanjang tempoh satu jam mereka berada di premis berkenaan, pelbagai kerenah birokrasi didakwa cuba ditimbulkan pegawai JAIPs menyebabkan mereka meninggalkan JAIPs.


Mohd Jamil yang mewakili Ustaz Wadi berkata, anak guamnya sudah pun memenuhi arahan untuk tampil ke Pejabat JAIPs hari ini seperti yang dijanjikan namun pelbagai hak termasuk mendapatkan peguam untuk ketika sesi temubual dinafikan JAIPs.


"Kami diberitahu ia adalah sesi temubual antara JAIPs dan anak guam saya, Ustaz Wadi dan mereka tidak membenarkan mana-mana pihak selain Ustaz Wadi untuk hadir bersama dalam sesi itu.


"Namun, semasa kami berada di situ, mereka (JAIPs) menyatakan pula sesi itu adalah sebagai sesi siasatan jadi kami tidak pasti sesi ini sebenarnya yang mana satu sama ada sesi siasatan, temubual, perjumpaan mesra atau sembang santai kerana kami tidak pasti.


"Apabila kami bertanyakan bahawa sesi yang dijalankan itu termaktub dalam Enakmen apa, pegawai JAIPs itu juga gagal memberitahu enakmen apa malahan kami pula ditanya mengapa kami hendak tahu mengenai itu (Enakmen) ...ini tidak munasabah," katanya hari ini.


Pada mulanya, mereka dibenarkan masuk namun Ustaz Wadi hanya boleh bawa seorang peguam sahaja untuk menemaninya.


"Ini juga adalah sesuatu perkara yang tidak munasabah kerana anak guam saya mahukan dua peguam yang dilantik olehnya mengiringinya jadi kami tidak nampak sebab mengapa kehadiran kami sebagai peguam perlu dihalang oleh JAIPs.


Terdahulu, sekitar 80 hingga 90 orang penyokong Ustaz Wadi hadir di Pejabat JAIPs dan Kompleks Pendidikan MATIN sebagai solidariti dan sokongan terhadap pendakwah muda itu.


Sementara itu, Pengarah JAIPs, Ustaz Najmuddin Abdul Karim berkata tiada keperluan untuk peguam Ustaz Wadi Annuar berada bersama dalam sesi memberi keterangan penceramah berkenaan.


Sesi temubual berkenaan yang sepatutnya berlangsung bermula jam 10.30 pagi hari ini bagaimanapun gagal dijalankan kerana Ustaz Wadi Annuar dan peguamnya didakwa 'menghilang diri' selepas tiba di pejabat JAIPs sebelum itu.


"Kita (JAIPs) tidak dapat ambil keterangannya kerana dia 'menghilang diri' dan dipercayai sudah pulang ke Kompleks Pendidikan MATIN di Kangar.


"Memang kita hendak ambil keterangan Wadi tetapi kita hanya mahukan Wadi sahaja yang berada di premis kita dan tiada keperluan untuk peguamnya hadir sekali kerana ini bukannya perbicaraan mahkamah," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, kehadiran peguam pendakwah berkenaan ke dalam premis JAIPs juga diberikan atas budi bicara pegawai penyiasat JAIPs.


"...kita di sini bukan nak soal siasat sangat dia tetapi lebih kepada hendak merekodkan keterangan dia berhubung kejadian tempoh hari dan mengapa perlu ada peguam bersama," katanya.

Sumber :- youtube.com / sinarharian.com.my / bharian.com.my / tiktok.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content