Tarikh Hari Raya Haji 2023 / Hari Raya Aidiladha 1444H

SHARE:

TARIKH HARI RAYA HAJI 2023 / HARI RAYA KORBAN / ADIDILADHA DI MALAYSIA Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan t...


TARIKH HARI RAYA HAJI 2023 / HARI RAYA KORBAN / ADIDILADHA DI MALAYSIA

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidil Fitri.

Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.


Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2023

Seperti sebelum ini, untuk mendapat kepastian tarikh Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha, umat Islam perlu menunggu pengumuman rasmi tarikh Aidiladha 1444 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1), BERNAMA, Astro Awani, TV3, dan stesen-stesen media utama Malaysia termasuklah media sosial.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Menurut kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2023 adalah pada 10 Zulhijjah 1444H, iaitu bersamaan dengan 29 Jun 2023.



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri

Cuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.

Terdapat negeri yang mengambil cuti 2 hari bagi Hari Raya Haji iaitu:Kelantan
Terengganu

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:


Sumber : Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.
  • JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
    Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
    No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
    62100 Putrajaya.
  • falak@islam.gov.my
  • +03 8870 7000
  • +03 8870 7003

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content