$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

[LIVE] CCTV Trafik Di Highway PLUS – Cara Semak (Kelancaran & Kesesakan)

SHARE:

  [LIVE] CCTV Trafik Di Highway PLUS – Cara Semak Trafik Highway terkini boleh disemak secara LIVE melalui beberapa cara, salah satunya mela...

 

[LIVE] CCTV Trafik Di Highway PLUS – Cara Semak

trafik highway

Trafik Highway terkini boleh disemak secara LIVE melalui beberapa cara, salah satunya melalui Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia di https://www.llm.gov.my/.

Musim perayaan ini, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang bercuti ke pelbagai lokasi. Konfem jalan raya akan sesak dan dipenuhi kereta!

Ok di sini kami nak kongsikan satu tips sebelum anda memulakan perjalanan agar anda tidak tersangkut jammed terlalu lama.

Contoh Paparan CCTV Trafik Highway

Apa kata, sebelum anda memulakan perjalanan terutamanya bagi yang merentas negeri, check dulu keadaan di highway berkenaan sama ada sesak atau pun tidak.

Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya. Kalau jammed, bolehlah cari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan.

Rujuk cara semak trafik highway di bawah.

CCTV Trafik Di Highway PLUS

CCTV Trafik di Highway PLUS merujuk kepada sistem kamera CCTV langsung (live) yang dipasang sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Malaysia untuk memantau keadaan trafik secara masa nyata.

Sistem ini membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan dengan mengelakkan kesesakan, kemalangan atau laluan alternatif.

Terdapat 3 cara untuk semak CCTV Trafik di Highway PLUS, iaitu:

  1. Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia
  2. Aplikasi PLUS
  3. Portal Jalanow

Sistem CCTV trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kini lebih canggih dengan pusat pemantauan terbesar di ASEAN, mengurus 2,900 kamera CCTV yang bersepadu dengan analitik masa nyata.

PLUS Malaysia Berhad melancarkan roadmap 5 tahun pintar dan lestari pada November 2025, termasuk AI untuk kesan lubang jalan, serpihan dan risiko kemalangan.

Ini mengurangkan masa pemeriksaan patrol sehingga 98% melalui penggunaan dron dan sistem amaran automatik, seperti di Jambatan Pulau Pinang.

1. Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM

Tahukah anda, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE.

Korang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang berfungsi untuk rancang perjalanan anda.

Ini caranya:

  1. Layari Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Paparan CCTV Lebuhraya
  3. Kemudian, pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.
  4. Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu. 
Klik pada tab Paparan CCTV Lebuhraya


Pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.

Bila nampak trafik lancar je, bolehlah kita gerak ke lokasi dengan senang hati.

Oh ya, selain nak check status trafik atau kesesakan di lebuh raya, anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mengetahui jumlah kadar bayaran tol yang diperlukan dari satu lokasi ke satu lokasi melalui KALKULATOR TOL.

Bolehlah kita pastikan baki dalam kad Touch n Go atau Smart tag tu mencukupi.

2. Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Aplikasi

Dengan Aplikasi PLUS (Google PlayStore) dan (Apple Store), anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik dan melihat secara langsung melalui kamera CCTV sepanjang lebuh raya untuk anda merancang perjalanan.

Langkah mudah aktifkan MyPLUS-TTA:

  1. Muat turun app PLUS Malaysia (Google Play/App Store).
  2. Daftar akaun dan aktifkan “View Live Traffic Feed near you”.
  3. Pilih highway PLUS Utara/Selatan untuk paparan CCTV + ramalan trafik sejam ke depan.
  4. Terima push notification jika jammed di KM anda (contoh: KM308 Bangi).

Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Aplikasi MyPlus-TTA:

Dengan Aplikasi PLUS, perjalanan di lebuh raya menjadi lebih mudah. Pilih saja CCTV yang akan dilalui sepanjang destinasi anda untuk mengetahui keadaan trafik semasa.

Di samping itu, anda juga boleh memesan makanan melalui #OrderDisini, mengetahui maklumat kadar bayaran tol atau menekan butang SOS untuk mendapatkan bantuan.

Tunggu apa lagi, jom muat turun Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini serta kemudahan yang disediakan di Lebuhraya PLUS.

3. Cara Check CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow

Anda juga boleh membuat semakan CCTV trafik highway secara LIVE melalui pautan portal Jalanow: www.jalanow.com

Laman web Jalanow menyediakan paparan CCTV trafik langsung untuk semua lebuhraya utama di Malaysia termasuk PLUS, tanpa perlu muat turun aplikasi.

Berikut cara buat semakan CCTV LIVE trafik highway melalui Jalanow:

  1. Layari laman utama CCTV di https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm.
  2. Pilih lebuhraya seperti E1 (PLUS Utara) atau E2 (PLUS Selatan) daripada senarai highway yang tersedia.
  3. Klik pada lokasi kamera spesifik (contoh: KM303.7 Kajang UPM NB atau Southville City KM295.4 SB) untuk lihat imej live trafik.
Contoh paparan dan pilihan lebuhraya

Memang bagus kemudahan ni kan? Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Semakan CCTV Trafik Highway sila rujuk:

Bolehkah saya minta rakaman CCTV jika berlaku kemalangan?

Boleh, tetapi anda memerlukan laporan polis terlebih dahulu. Pihak PLUS biasanya tidak memberikan rakaman terus kepada individu atas faktor privasi dan perundangan.

Kenapa gambar CCTV kadangkala kabur atau gelap?

Ini mungkin disebabkan faktor cuaca (hujan lebat/kabus) atau kanta kamera yang kotor. Pada waktu malam, kamera menggunakan sensor inframerah/cahaya rendah, namun paparan mungkin kurang jelas berbanding siang.

Adakah CCTV ini boleh mengesan nombor plat kenderaan?

Ya, kamera tertentu mempunyai resolusi tinggi yang mampu mengecam nombor plat, terutamanya untuk tujuan pengurusan trafik dan keselamatan di plaza tol atau lokasi strategik.

Kenapa sesetengah kamera memaparkan “Camera Offline”?

Ini berlaku disebabkan gangguan teknikal, kerja penyelenggaraan, atau masalah sambungan internet di lokasi tersebut.

Adakah CCTV digunakan untuk saman had laju?

Tidak. CCTV trafik hanya untuk pemantauan aliran. Saman had laju dikendalikan oleh sistem AwAS (AES) yang mempunyai kamera berasingan dan tanda amaran sebelum zon kamera tersebut.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content