$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Skim Insurans Rakyat Sabah 2026 – Semakan, Kelayakan, Tuntutan

SHARE:

  Skim Insurans Rakyat Sabah 2026 – Semakan, Kelayakan, Tuntutan Skim Insurans Rakyat Sabah menyediakan kemudahan tuntutan kepada rakyat yan...

 

Skim Insurans Rakyat Sabah 2026 – Semakan, Kelayakan, Tuntutan


Skim Insurans Rakat Sabah

Skim Insurans Rakyat Sabah menyediakan kemudahan tuntutan kepada rakyat yang layak sekiranya berlaku kemalangan melibatkan kematian atau kehilangan upaya kekal. Namun begitu, masih ramai yang kurang jelas tentang prosedur tuntutan yang betul. Maklumat lanjut boleh anda rujuk di laman web rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB).


Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah cara membuat tuntutan pada tahun 2026, termasuk tempoh masa yang ditetapkan, dokumen yang perlu disediakan serta kaedah penghantaran borang supaya proses berjalan lancar tanpa kelewatan.

Apa itu Skim Insurans Rakyat Sabah

Skim Insurans Rakyat Sabah adalah skim insurans kemalangan diri yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk memberikan pampasan kepada rakyat Sabah yang layak sekiranya berlaku:

  • Kematian akibat kemalangan
  • Hilang upaya kekal akibat kemalangan
  • Perbelanjaan pengebumian akibat kematian kemalangan

Namun begitu, skim ini tidak melindungi rawatan perubatan, kemasukan wad hospital atau pembedahan. Ia hanya memberi pampasan kewangan berdasarkan kejadian kemalangan.

Skim Insurans Rakyat Sabah

Kelayakan Skim Insurans Rakyat Sabah

Individu yang layak dilindungi mestilah memenuhi syarat berikut:

  1. Berumur 30 hari hingga 80 tahun
  2. Dilahirkan di Sabah
  3. Mempunyai nombor kad pengenalan yang mengandungi kod negeri Sabah iaitu:
    • 12
    • 47
    • 48
    • 49

Perlindungan adalah automatik, dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Jika memenuhi kriteria di atas, individu tersebut secara automatik dilindungi sepanjang tempoh polisi.

Bayi yang baru lahir juga dilindungi sebaik sahaja mencapai umur 30 hari, selagi memenuhi syarat kod negeri pada kad pengenalan.

Walaupun seseorang itu tidak menetap di Sabah, mereka tetap layak selagi dilahirkan di Sabah berdasarkan kod negeri pada kad pengenalan.

Skim Insurans Rakyat Sabah
Skim Insurans Rakyat Sabah

Tempoh Skim Insurans

Skim Insurans Rakyat Sabah berkuat kuasa bermula:

  • 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028

Perlindungan adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan meliputi seluruh dunia kecuali negara yang dikenakan sekatan oleh Malaysia.


Tempoh Pembayaran Tuntutan

Setelah semua dokumen lengkap diterima dan disahkan, pembayaran akan diproses dalam tempoh 14 hingga 30 hari.

Cara Membuat Tuntutan

Berikut adalah cara membuat tuntutan di bawah Skim Insurans Rakyat Sabah. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh kemalangan.

1. Dapatkan Borang Tuntutan

Borang boleh diperoleh melalui:

  • Muat turun dari laman sesawang Progressive Insurance Bhd (PIB)
  • Pejabat cawangan Progressive Insurance Bhd
  • Pejabat Daerah
  • Pejabat Majlis Daerah

2. Dokumen Sokongan

A) Kematian Akibat Kemalangan

  • Borang tuntutan lengkap
  • Salinan kad pengenalan si mati
  • Salinan kad pengenalan penuntut
  • Sijil kematian yang disahkan
  • Salinan laporan polis
  • Sijil nikah (pasangan) atau surat beranak (anak) sebagai bukti pertalian

B) Kehilangan Upaya Kekal

  • Salinan laporan polis (untuk kemalangan kenderaan bermotor sahaja)
  • Borang tuntutan lengkap
  • Salinan kad pengenalan penuntut
  • Laporan perubatan

3. Serahan Borang

Borang dan dokumen lengkap boleh dihantar melalui:

  • WhatsApp: 018-211 8239
  • Email: sabahgpa@progressiveinsurance.com.my
  • Serahan terus atau kurier ke pejabat cawangan Progressive Insurance Bhd (PIB)

Manfaat Perlindungan

Berikut adalah manfaat yang ditawarkan di bawah skim ini:

1. Kematian Akibat Kemalangan

Jumlah dilindungi: RM10,000

2. Hilang Upaya Kekal (dalam masa 365 hari selepas kemalangan)

Jumlah maksimum dilindungi: RM10,000

Butiran peratusan pampasan adalah seperti berikut:

  • Hilang upaya kekal menyeluruh, lumpuh, hilang kewarasan: 100%
  • Hilang dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali: 100%
  • Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata: 75%
  • Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga: 50%
  • Kehilangan pertuturan: 50%
  • Kehilangan satu anggota pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali: 50%
  • Kehilangan penglihatan sebelah mata: 50%
  • Kehilangan pendengaran sebelah telinga: 25%

3. Khairat Kematian / Pengebumian

Akibat kematian kerana kemalangan: RM500

Pekerjaan Yang Tidak Layak

Pekerjaan berikut tidak layak menerima perlindungan ketika bertugas:

  • Askar / Polis
  • Pramugari, pramugara dan kru penerbangan
  • Pakar / pengendali bahan letupan
  • Penyelam
  • Pembalak
  • Pekerja luar pesisir minyak dan gas
  • Juruterbang
  • Pemandu profesional
  • Pelaut
  • Buruh kasar / pemunggah barang di pelabuhan
  • Wartawan perang
  • Pelombong

Walau bagaimanapun, individu dalam kategori pekerjaan ini masih dilindungi apabila bercuti dan tidak bertugas (off-duty).

Pengecualian Polisi

Antara pengecualian yang tidak dilindungi termasuk:

  • Aktiviti pengganas / keganasan
  • Kecederaan sendiri atau mencederakan diri dengan sengaja
  • Bunuh diri dan kurang siuman
  • Sengaja mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan pembunuhan atau serangan
  • Sukan berisiko tinggi
  • Dadah, AIDS, HIV dan penyakit seks berjangkit
  • Aktiviti ketenteraan, laut, udara, polis dan bomba
  • Jangkitan penyakit berjangkit seperti pandemik
  • Kematian akibat penyakit atau masalah kesihatan

Untuk senarai penuh pengecualian, rujuk dokumen polisi rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB).

Brochure Skim Insurans Rakyat Sabah

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan tuntutan, orang ramai boleh menghubungi:

📞 Hotline: 088-355 789
📱 WhatsApp: 018-211 8239
📧 Email: sabahgpa@progressiveinsurance.com.my

Waktu operasi:

  • Isnin – Khamis: 8:15 pagi – 5:15 petang
  • Jumaat: 8:15 pagi – 4:45 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Cawangan:

📍 Head Office

6th, 8th & 10th Floor
Menara Cosway, Plaza Berjaya
No. 12 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
03-2118 8000
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM


📍Alor Setar

No. 223, Tingkat 2, Jalan Gangsa
Kawasan Perindustrian Ringan Kristal
05150 Alor Setar
Kedah
04-733 9846 / 9691
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM


📍Butterworth

Ground & 1st Floor
2755, Jalan Chain Ferry
Taman Inderawasih
13600 Prai, Seberang Perai Tengah
Penang
04-397 7728
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM


📍Melaka

13A, Jalan Melaka Raya 24
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
06-288 3831
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM


📍Johor Bahru

17-01, Jalan Kebun Teh 1
Pusat Perdagangan Kebun Teh
80250 Johor Bahru
Johor
07-227 0996
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM


📍Kota Kinabalu

Ground & 7th Floor
Wisma Perkasa, Jalan Gaya
88000 Kota Kinabalu
Sabah
088-244 216
Monday – Thursday: 8:15AM–5:15PM
Friday: 8:15AM–4:45PM


📍Sandakan

1st Floor, Lot 1, Block 3
Bandar Indah, Mile 4, North Road
90000 Sandakan
Sabah
089-238 810
Monday – Thursday: 8:15AM–5:15PM
Friday: 8:15AM–4:45PM


📍Kuching

Sub Lot 18, 1st & 2nd Lots 9966 & 9967
1st Floor, Premier 101
Jalan Tun Jugah
93350 Kuching
Sarawak
082-572 013
Monday – Thursday: 8:15AM–5:15PM
Friday: 8:15AM–4:45PM

Soalan Lazim – Skim Insurans Rakyat Sabah

1. Apakah skim perlindungan insurans ini?

Ini adalah skim insurans yang disediakan oleh kerajaan untuk memberikan manfaat dan perlindungan kepada rakyat Sabah yang layak ke atas kematian atau kehilangan upaya kekal akibat kemalangan.

2. Siapa yang layak untuk skim ini?

Kelayakan adalah secara automatik bagi individu yang memenuhi kedua-dua kriteria berikut sepanjang tempoh polisi:

(i) Berumur di antara 30 hari hingga 80 tahun.
(ii) Dilahirkan di Sabah dengan nombor kad pengenalan yang mengandungi kod negeri Sabah 12, 47, 48, atau 49.

3. Adakah saya perlu mendaftar?

Tidak, pendaftaran tidak diperlukan. Perlindungan adalah secara automatik untuk semua rakyat Sabah yang layak. Ini bagi mengelakkan keperluan mengumpul data peribadi dan memastikan tiada individu yang layak terlepas.

4. Bagaimana cara untuk saya menyemak jika saya dilindungi?

Anda tidak perlu menyemak pendaftaran. Jika anda memenuhi kriteria kelayakan (umur 30 hari hingga 80 tahun dan dilahirkan di Sabah dengan kod negeri 12, 47, 48, atau 49 pada kad pengenalan anda), anda secara automatik adalah dilindungi.

5. Adakah bayi yang baru lahir dilindungi?

Ya, bayi yang dilahirkan di Sabah akan dilindungi sebaik sahaja mereka mencapai umur 30 hari, dengan syarat mereka memenuhi kriteria kad pengenalan.

6. Bagaimana jika saya tidak biasa dengan insurans dan memerlukan bantuan untuk tuntutan?

Progressive Insurance Bhd (PIB) menyediakan TALIAN KHAS 088-335 789 di mana pasukan khidmat pelanggan kami akan membantu dan membimbing pemohon mengenai proses tuntutan.

7. Adakah saya dilindungi jika Kad Pengenalan saya mengandungi kod negeri Sabah 12, 47, 48, atau 49, tetapi tidak menetap di Sabah?

Ya, selagi anda dilahirkan di Sabah berdasarkan kod negeri yang dinyatakan dalam kad pengenalan.

8. Berapa lama Progressive Insurance membayar tuntutan?

Jika kesemua dokumen adalah lengkap, Progressive Insurance Bhd (PIB) akan membayar tuntutan dalam tempoh 30 hari.

9. Adakah skim insurans ini melindungi rawatan di klinik/doktor pakar, kemasukan wad hospital, atau pembedahan?

Tidak, insurans kemalangan diri ini tidak melindungi sebarang rawatan perubatan. Ia tertakluk kepada bayaran pampasan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, dan perbelanjaan pengebumian akibat kematian kemalangan.

10. Apa pengecualian terhadap polisi skim insurans ini?

Perkara berikut (tetapi tidak terhad kepada) adalah rujuk dokumen polisi bagi senarai penuh pengecualian:

Aktiviti pengganas/keganasan
Kecederaan sendiri/mencederakan diri sendiri dengan sengaja
Bunuh diri dan kurang siuman
Sengaja mendatangkan kecederaan yang mengakibatkan pembunuhan dan sengaja
Sukan berisiko tinggi
Dadah, AIDS, penyakit HIV, penyakit seks berjangkit
Aktiviti ketenteraan, laut, udara, polis dan bomba
Jangkitan penyakit berjangkit semasa pandemik
Kematian kerana penyakit/masalah kesihatan

11. Adakah terdapat tempoh masa untuk saya membuat tuntutan?

Sila kemukakan tuntutan anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh kemalangan.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content