$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

[LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan

SHARE:

  [LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan Piala Malaysia 2026 akan bermula pada 17 Januari 2026 dengan pusingan 16 sel...

 

[LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan


piala malaysia 2025-2026

Piala Malaysia 2026 akan bermula pada 17 Januari 2026 dengan pusingan 16 selepas undian diadakan pada 2 Januari 2026 yang lepas. Penganjuran kali ini adalah untuk edisi ke 99 kejohanan yang sangat berprestij di Malaysia. Layari malaysianfootballleague.com untuk jadual penuh perlawanan dan semak keputusan terkini.

Kejohanan ini berlangsung dari 17 Januari 2026 hingga 23 Mei 2026 (Final Piala Malaysia). Terdapat 16 pasukan akan berentap termasuk 13 daripada Liga Super dan tiga daripada Liga A1 Semi-Pro.

Memandangkan Uifi merupakan penaja rasmi untuk penganjuran edisi kali ini, maka kejohanan ini juga dikenali sebagai Unifi Piala Malaysia 2026.

Rujuk info penuh kejohanan Piala Malaysia 2026 di bawah.

Piala Malaysia 2026

Pengenalan Piala Malaysia 2026

Piala Malaysia merupakan edisi ke-99 bagi kejohanan bola sepak paling berprestij dan tertua di Asia Tenggara.

Untuk musim ini, kejohanan ini mengekalkan format kalah mati sepenuhnya (knockout) yang bermula terus dari Pusingan 16.

Kejohanan ini dimulakan dengan pusingan 16 secara dua leg pada 17-25 Januari 2026, diikuti suku akhir, separuh akhir, dan final pada 23 Mei 2026 di Stadium Bukit Jalil. 

Pasukan yang tersingkir di Pusingan 16 Piala Malaysia tidak akan pulang kosong, sebaliknya mereka akan secara automatik diletakkan ke dalam saingan MFL Challenge Cup 2025/2026 untuk merebut kejuaraan tersebut.

Jadual Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2025-2026

Aksi Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2025–2026 akan bermula Sabtu ini, 14 Februari 2026.

Sementara itu, perlawanan Suku Akhir Pertama melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 13 Februari 2026, berikutan penglibatan JDT dalam Shopee Cup dan AFC Champions League Elite (ACLE).

Muat turun jadual Piala Malaysia dalam PDF:

https://www.malaysianfootballleague.com/…/Post/Watch/5158

Keputusan Terkini Piala Malaysia 2025-2026

SUKU AKHIR PERTAMA

Suku akhir pertama Piala Malaysia 2025-2026 sudah berlangsung pada 6-8 Februari 2026, kecuali perlawanan JDT vs Melaka FC yang dijadualkan malam ini, 13 Februari 2026.

Berikut ialah keputusan SUKU AKHIR PERTAMA Piala Malaysia 2025-2026:

TarikhMasaTuan RumahSkorPelawat
6 Feb9:00 PMTerengganu FC1–1KL City FC ​
7 Feb8:15 PMDPMM FC1–3Kuching City FC​
8 Feb9:00 PMNegeri Sembilan FC0–1Selangor FC​
13 Feb8:15 PMJDTBELUMMelaka FC


Format Kejohanan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan format Piala Malaysia kali ini dengan penglibatan 16 pasukan, iaitu 13 kelab dari Liga Super 2025-2026 dan tiga pasukan teratas Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 selepas hari perlawanan minggu ke-13.

Cabaran bermula pada pusingan 16 yang dijadualkan 17-19 Januari 2026 (leg pertama) dan 23-25 Januari 2026 (leg kedua), diikuti suku akhir serta separuh akhir dalam format timbal balik di tempat sendiri dan lawan.


Piala Malaysia 2026


Piala Malaysia 2026


Pasukan Bertanding

Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding bagi penganjuran Piala Malaysia 2025-2026:

Pasukan Seeded (Balang A)Pasukan Unseeded (Balang B)
1. Johor Darul Ta’zim (JDT)9. Imigresen FC
2. Kuching City FC10. Kelantan The Real Warriors (TRW)
3. Selangor FC11. Penang FC
4. Kuala Lumpur City FC12. Melaka FC
5. Terengganu FC13. PDRM FC
6. Negeri Sembilan FC14. Perak FA (Liga A1)
7. DPMM FC (Brunei)15. UM-Damansara United (Liga A1)
8. Sabah FC16. Kelantan Red Warrior FC (Liga A1)


Keputusan Undian

Berikut ialah hasil undian yang dijalankan pada 2 Januari 2026 yang lepas:

  • RHB1: Selangor FC vs Sabah FC​
  • RHB2: Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Terengganu FC​
  • RHB3: Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC​
  • RHB4: PDRM FC vs Kelantan Darul Naim FC​
  • RHB5: Melaka FC vs Kuching City FC​
  • RHB6: Penang FC vs Imigresen FC​
  • RHB7: Perak FC vs DPMM FC​
  • RHB8: Kedah Darul Aman FC vs Kelantan United

Road To Final: Perlawanan, Masa & Tempat

Piala Malaysia 2025-2026 akan berlangsung dari 17 Januari 2026 sehingga 23 Mei 2026 dengan 29 perlawanan.

Rujuk jadual perlawanan terdekat berikut:

Pusingan 16 (Pusingan Kalah Mati)

PerlawananTarikhWaktu Sepak MulaTempat (Venue Utama)
Pusingan 16 (Leg 1)17 – 19 Januari 20265:00 PM / 8:15 PM / 9:00 PMStadium pasukan tuan rumah (Balang B)
Pusingan 16 (Leg 2)23 – 25 Januari 20265:00 PM / 8:15 PM / 9:00 PMStadium pasukan tuan rumah (Balang A)
Perlawanan dijalankan secara timbal balik (Home & Away).
Piala Malaysia 2026


Piala Malaysia 2026


Tarikh Penting Piala Malaysia 2025-2026

PeringkatTarikh (Jangkaan/Rasmi)
Majlis Undian2 Januari 2026
Pusingan 16 (Leg 1)17 – 19 Januari 2026
Pusingan 16 (Leg 2)23 – 25 Januari 2026
Suku AkhirFebruari – Mac 2026
Separuh AkhirMac – April 2026
Perlawanan Akhir23 Mei 2026

Tonton LIVE Perlawanan Final Piala Malaysia 2026

Anda boleh menyaksikan LIVE perlawanan Piala Malaysia 2025-2026 2024-2025 yang disiarkan secara langsung melalui platform rasmi penyiar Astro dan RTM.

Untuk memuat turun aplikasi Sooka, sila klik pautan rasmi di bawah:

Untuk pembelian tiket online, info terkini akan dikemas kini menerusi laman web https://www.tickethotline.com.my

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini mengenai kejohanan Unifi Piala Malaysia 2025-2026 ini, sila ikuti laman sosial MFL berikut:

Soalan Lazim Piala Malaysia 2026

Bila Piala Malaysia 2025-2026 bermula?

Pusingan 16 leg pertama dijadualkan pada 17-19 Januari 2026, manakala final pada 23 Mei 2026.

Berapa pasukan mengambil bahagian?

Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan, iaitu 13 daripada Liga Super dan 3 teratas Liga A1 Semi-Pro.

Apa format pertandingan Piala Malaysia 2025-2026?

Format kalah mati timbal balik untuk pusingan 16, suku akhir, dan separuh akhir; final satu leg di Stadium Bukit Jalil.

 Di mana boleh tonton siaran langsung Piala Malaysia?

Melalui Astro Arena, Sooka, Astro GO, RTM Sukan, dan YouTube Astro Arena.

Siapa juara bertahan Piala Malaysia?

Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi edisi 2024-2025.

Siapa penaja rasmi kejohanan ini?

Unifi menjadi penaja utama (Unifi Piala Malaysia 2025-2026), dengan sokongan MFL, Toyo Tires, Coca-Cola, PUMA, dan lain-lain.

Di mana final akan diadakan?

Final Piala Malaysia dijadualkan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei 2026.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content