$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Zakat Emas 2026: Cara Kira & Kadar Uruf Ikut Negeri

SHARE:

  Zakat Emas 2026: Cara Kira & Kadar Uruf Ikut Negeri Zakat emas merupakan salah satu kewajiban bagi umat Islam yang memiliki harta dala...

 

Zakat Emas 2026: Cara Kira & Kadar Uruf Ikut Negeri

zakat emas

Zakat emas merupakan salah satu kewajiban bagi umat Islam yang memiliki harta dalam bentuk emas apabila telah memenuhi syarat nisab (had minimum) dan haul (tempoh setahun). Layari https://calculatormalaysia.com/ atau portal rasmi pusat zakat negeri masing-masing untuk mengetahui nilai yang perlu dizakatkan dan berapa gram emas wajib zakat.

Kebanyakan negeri di Malaysia, zakat emas wajib dibayar jika mencapai nisab 85 gram emas tulen dan haul satu tahun (354 hari Hijrah).

Kadar zakat adalah 2.5% daripada nilai semasa, dengan perbezaan pengiraan untuk emas simpanan dan perhiasan mengikut uruf negeri.se

Rujuk info penuh di bawah.

Apa Itu Zakat Emas?

Zakat emas ialah zakat yang wajib dikeluarkan ke atas harta emas yang mencapai nisab 85 gram emas tulen dan haul setahun (354 hari Hijrah), dengan kadar 2.5% daripada nilai semasa.

Emas dianggap sebagai “harta yang berkembang” dalam Islam, sama seperti wang tunai. Oleh itu, apabila ia mencapai syarat-syarat tertentu, ia wajib disucikan melalui zakat

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Ramai orang Islam yang memiliki emas (sama ada sebagai barang perhiasan yang dipakai atau emas yang disimpan untuk pelaburan) namun tidak tahu bahawa mereka wajib membayar zakat bagi emas tersebut.

Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

Syarat Wajib

Syarat umum wajib zakat emas adalah:

  1. Islam
  2. Cukup nisab –  Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat.
  3. Cukup haul –  Telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari.
  4. Milik sempurna – Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri. 
Kapsul Tanyalah Ustaz: Syarat Wajib Zakat Emas

Kategori Emas Wajib Zakat

Cara pengiraan dibezakan sama ada emas tersebut tidak dipakai atau tidak dipakai sebagai perhiasan wanita.

1. Emas yang tidak dipakai

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.

Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

2. Emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan yang halal) sekali-sekala atau berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya melainkan, jika ia melebihi uruf (tidak termasuk batu permata atau seumpamanya).

Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza mengikut negeri.

Kadar Uruf Zakat Emas Mengikut Negeri (2026)

Kadar uruf (kebiasaan pemakaian emas di kalangan pemakai emas) berbeza mengikut negeri seperti berikut:

NegeriEmas Simpanan (Nisab)Nilai RM SimpananEmas Perhiasan (Uruf)Nilai RM PerhiasanCara Pengiraan Perhiasan
Wilayah Persekutuan85g42,047.00800g309,376Lebihan sahaja​
Johor85g48,134.69850g328,712Lebihan​
Selangor85g42,047.00800g309,376Lebihan​
Pulau Pinang85g
250g96,680Lebihan​
Perak85g
500g193,360Lebihan​
Kedah85g32,871.27200g77,344Lebihan
Kelantan85g32,871.27200g77,344Lebihan
Terengganu85g36217.86850g328,712Lebihan​
Pahang85g40,092.42200g77,344Lebihan
Negeri Sembilan85g32,871.27200g77,344Lebihan​
Melaka85g40,092.42200g77,344Semua jika > uruf​
Sabah85g36979.00250g96,680Lebihan​
Sarawak85g38654.73775g299,658Lebihan​
Perlis85g
170g65,742Semua jika > uruf​


Maksud “KESELURUHAN” – maksudnya jika melepasi nisab yang ditetapkan ini, kiraan zakat ialah 2.5% daripada jumlah keseluruhan .

    Maksud “LEBIHAN” – maksudnya jika melepasi nisab ini, zakat dikira 2.5% setelah ditolak dengan nisab ini.

    KADAR ZAKAT EMAS KEDAH
    KEDAH


    KADAR ZAKAT EMAS MELAKA
    MELAKA


    KADAR ZAKAT EMAS PAHANG
    PAHANG


    KADAR ZAKAT EMAS JOHOR
    JOHOR


    KADAR ZAKAT EMAS SELANGOR
    SELANGOR
    KADAR ZAKAT EMAS TERENGGANU
    TERENGGANU
    KADAR ZAKAT EMAS SABAH
    SABAH


    SARAWAK


    Contoh Pengiraan

    Kapsul Tanyalah Ustaz: Nisbah Kiraan Zakat Emas

    A. Emas yang tidak dipakai

    Contoh kiraan sekiranya mempunyai yang tidak dipakai seberat 90 gram:

    = (90 gram) X (RM250) X (2.5%)
    = RM562.50 (Jumlah yang wajib dibayar)

    Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

    B. Emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita

    Contoh kiraan sekiranya mempunyai emas perhiasan seberat 258 gram:

    = (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%)
    = (258 gram) X (RM250) X (2.5%)
    = RM1,612.00 (Jumlah yang wajib dibayar)

    *Kadar ’uruf yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 250 gram.

    Kalkulator Kiraan Zakat Emas Setiap Negeri

    Untuk memudahkan urusan, anda boleh menggunakan kalkultor dalam talian di bawah untuk mengira jumlah Zakat Emas yang perlu dibayar:

    NegeriPautan Kalkulator Rasmi
    Wilayah Persekutuanzakat.com.my
    Johormaij.gov.my
    Selangorzakatselangor.com.my
    Pulau Pinanghttps://zakat.mainpp.gov.my/kalkulator-zakat-emas/
    Perakhttps://ezakat.maipk.gov.my/zapar/
    Kedahzakatkedah.com.my
    Kelantanhttps://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/zakat_emas.php
    Terengganuezakat.maidam.gov.my
    Pahangzakatpahang.my
    Negeri Sembilanhttps://www.mains.gov.my/v5/web/emas.php
    Melakahttps://www.izakat.com/ui.php
    Sabahhttps://appszakat.sabah.gov.my/zakat/kalkulatorEmas.php
    Sarawaktbs.org.my
    Perlishttps://www.maips.gov.my/jenis-jenis-zakat/

    Soalan Lazim Zakat Emas

    Apa nisab zakat emas?

    85 gram emas tulen untuk simpanan (tidak dipakai); haul 1 tahun Hijrah (354 hari).

    Emas perhiasan wajib zakat?

    Ya, jika melebihi uruf negeri (contoh: 800g WP/Selangor); tolak uruf dahulu.

    Kadar zakat emas berapa?

    Sentiasa 2.5% daripada nilai semasa (berat × harga/g × 2.5%).

    Adakah emas yang dipajak di Ar-Rahnu wajib dizakatkan?

    Ya. Walau bagaimanapun, pengiraannya sedikit berbeza. Anda hanya perlu membayar zakat jika nilai emas tersebut (setelah ditolak jumlah pinjaman dan upah simpan) masih melebihi nisab (85g).

    Bagaimana pula dengan emas yang hilang atau dicuri?

    Zakat hanya wajib ke atas harta yang berada dalam milik sempurna. Jika emas tersebut hilang sebelum cukup haul (setahun), maka ia tidak wajib dizakatkan. Jika ia hilang selepas cukup haul tetapi sebelum sempat dibayar zakat, anda tetap perlu menunaikan zakat bagi tahun tersebut.

    Saya ada Akaun Emas Digital (GAP, dsb). Wajib zakat ke?

    Ya. Emas digital dikategorikan sebagai Emas Simpanan. Walaupun anda tidak memegang fizikalnya, ia adalah hak milik anda sepenuhnya. Pengiraannya adalah berdasarkan baki terendah atau baki akhir tahun (mengikut fatwa negeri) jika beratnya mencecah 85 gram.

    Adakah emas putih (White Gold) dikenakan zakat?

    Ini bergantung kepada kandungan emasnya:
    – Jika emas putih tersebut mengandungi campuran emas kuning (contohnya 750/18K), maka bahagian emasnya wajib dikira dalam zakat.
    – Jika ia adalah Platinum, maka ia tidak wajib zakat emas kerana platinum bukan logam emas, kecuali jika ia digunakan untuk tujuan perniagaan.

    Bagaimana jika saya mempunyai emas di bawah 85 gram, tetapi ada wang simpanan yang banyak?

    Zakat emas dan zakat wang simpanan biasanya dikira secara berasingan. Namun, ada pendapat ulama yang menggabungkan semua “harta tunai” (emas + perak + wang tunai) untuk melihat sama ada ia cukup nisab. Di Malaysia, kebiasaannya pusat zakat mengira emas simpanan berdasarkan berat (85g) secara kendiri.

    Siapakah yang patut bayar zakat emas perhiasan isteri? Isteri atau Suami?

    Kewajipan zakat adalah ke atas pemilik emas tersebut.

    Perlukah saya tolak berat batu permata/berlian dalam barang kemas?

    Secara rasminya, ya. Zakat hanya dikenakan ke atas berat emas bersih sahaja. Jika barang kemas anda mempunyai batu permata yang besar dan berat, anda boleh meminta kedai emas atau pusat zakat untuk menafsir berat emas sahaja. Namun, jika batu itu kecil, biasanya ia dikira sekali untuk memudahkan urusan (atas dasar berhati-hati).


    Sumber : ecentral.my

    COMMENTS

    Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content