$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Nad Zainal umum hamil anak keempat – “Saya tak buncit tapi mengandung”

SHARE:

  Nad Zainal umum hamil anak keempat – “Saya tak buncit tapi mengandung” Pelakon Nad Zainal mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mat...

 

Nad Zainal umum hamil anak keempat – “Saya tak buncit tapi mengandung”

Pelakon Nad Zainal mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata keempat selepas menerima teguran mengenai perubahan pada bentuk badannya.

Hamil anak keempat

nad zainal hamil anak keempat

Menerusi satu perkongsian ringkas di Threads, Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk membuat pengumuman secara terbuka mengenai kehamilan tersebut.

“Ada orang tegur perut. Saya tak buncit, saya pregnant.
“Malaslah nak announce anak nombor empat dah. Tapi cuma nak beritahu saya buncit bukan pasal makanan,” ciapan Nad, hari ini.

Kenyataan itu sekali gus menjawab persoalan segelintir pihak yang menegur keadaan perutnya, selain mengesahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata baharu tidak lama lagi.

Untuk rekod, Nad sebelum ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata dan berita kehamilan terbaharu ini pastinya menambah lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail, 37, pada 23 Januari 2023 selepas mengumumkan hubungan cinta kepada umum pada 17 Januari.

Nad sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan mengesahkan telah bercerai pada September 2022.

Daripada perkahwinan itu, Nad dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Sumber: Threads nad.zainal /ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content