$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Siti Nurhaliza akui tersentuh hati, dengar teaser lagu raya Aliff Syukri

SHARE:

  Siti Nurhaliza akui tersentuh hati, dengar teaser lagu raya Aliff Syukri Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan ba...

 

Siti Nurhaliza akui tersentuh hati, dengar teaser lagu raya Aliff Syukri


Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan bakal tampil dengan single raya terbaharu dalam masa terdekat.

Tersentuh hati dengar lagu raya

siti nurhaliza aliff syukri Tersentuh hati dengar lagu raya

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, mencuri perhatian ramai apabila perkongsiannya itu turut menerima reaksi daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penyanyi tersohor itu meninggalkan komen pada video teaser berkenaan dan mengakui tersentuh dengan nyanyian yang disampaikan oleh usahawan itu.

“Datuk (panggilan Aliff), hati saya sangat tersentuh,” kata Siti.

Dalam ruangan komen yang sama, Ozlynn iaitu isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan, turut meninggalkan respons bersahaja dan mengakui tidak menyangka keberanian Aliff sehingga berjaya menarik perhatian TokTi.

“Apa pun awak (Aliff) memang nombor satu. Ini bukan berani kerana benar tapi awak berani buat sampai TokTi (panggilan) komen,” tulisnya.

Pada masa sama, Aliff tidak melepaskan peluang mempromosikan dirinya kepada mana-mana pihak yang berminat mengundangnya membuat persembahan. Dia menawarkan bayaran sebanyak RM35,000 dengan sedikit diskaun jika bernasib baik.

“Ada yang nak panggil saya show tak? Harga RM35,000 boleh diskaun sikit. Boleh hubungi pengurus saya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, usahawan itu berpendapat anak sulungnya, Qadejah El Zahra atau lebih dikenali sebagai Cess, masih belum mampu menyaingi keupayaan vokalnya walaupun kini semakin dikenali sebagai penyanyi.

Menurutnya, biarpun prestasi nyanyian Cess menunjukkan perkembangan positif ketika sesi rakaman baru-baru ini, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diperbaiki.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content