$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026 (BYDPA)

SHARE:

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026 (BYDPA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang cemerlang da...

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026 (BYDPA)

biasiswa yang dipertuan agong

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang cemerlang dan berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) yang boleh dipohon menerusi https://penajaan.jpa.gov.my/.

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BYDPA 2026 untuk makluman bersama.

Siaran Media Berkenaan Pelawaan Permohonan BYDPA

Apakah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) merupakan program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik yang membawa manfaat besar kepada negara.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

      Tarikh Permohonan

      Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 9 Februari 2026 sehingga 9 Mac 2026.

      Permohonan adalah secara online di portal https://penajaan.jpa.gov.my/.

      Syarat Umum

      Syarat umum untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

      1. Warganegara Malaysia.
      2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2026.
      3. Pegawai/ Pelajar yang menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon pengajian dalam negara.
      4. Pegawai Awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuat kuasa.

      Syarat Khusus

      Pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus seperti berikut:

      1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
        (a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana.
        (b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.
      2. Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2026 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian; atau
        Telah memulakan pengajian sepenuh masa pada tahun 2026 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
      3. Telah memulakan pengajian sepenuh masa pada tahun 2026 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian
      4. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
      5. Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
        (a) Calon Sarjana: Penglibatan secara aktif adalah satu kelebihan calon
        (b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga)
      6. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum/ aktiviti kemasyarakatan.
      7. Perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pelanjutan tempoh penajaan tidak akan dipertimbangkan kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan.

      Cara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026

      Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my/.

      Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 9 Mac 2026 sama ada secara serahan tangan atau pos.

      Sila rujuk lampiran di bawah untuk permohonan:

      Notis Iklan BYDPA tahun 2026

      Lampiran A – Syarat-syarat Permohonan

      Lampiran 1 – Senarai Universiti Tempatan

      Lampiran 2 – Senarai Universiti Terkemuka Dunia

      Lampiran 3 – Senarai Bidang Pengajian

      Lampiran 4 – Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan Pengajian

      Lampiran 5 – Senarai Penghasilan Kerja- kerja kreatif dan Inovatif serta Penglibatan Aktiviti Kokurikulum/Kemasyarakatan/Sukan

      Borang PPSM (bagi penjawat awam sahaja)

      Pautan Permohonan

      Soalan Lazim

      Apakah yang dimaksudkan BYDPA?

      BYDPA ialah program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik.

      Apakah bidang yang layak untuk memohon biasiswa ini?

      Bidang pengajian di bawah penajaan biasiswa ini adalah:
      – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
      – Ekonomi
      – Undang-Undang
      – Kewangan Islam
      – Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

      Berapakah umur yang layak untuk memohon biasiswa ini?

      Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2026.

      Apakah peringkat pengajian di bawah penajaan biasiswa ini?

      Peringkat pengajian di bawah penajaan ini adalah peringkat Sarjana dan Kedoktoran sahaja.


      Bagaimanakah cara untuk memohon penajaan biasiswa ini?

      Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my/.

      Pertanyaan Lanjut

      Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA, sila hubungi talian 03 – 8885 3569/ 3438/ 3879/ 3571 atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.


      Sumber : ecentral.my

      COMMENTS

      Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content