$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Semakan Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN & 3 Tindakan Segera

SHARE:

Semakan Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN & 3 Tindakan Segera Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anda din...

Semakan Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN & 3 Tindakan Segera

sekatan perjalanan ptptn

Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anda dinasihatkan untuk membuat semakan perjalanan di pautan https://sspi.imi.gov.my/sspi/ bagi mengetahui status sekatan perjalanan ke luar negara.

Berikut adalah langkah dan info mengenai perkara ini.

Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN

Selaras dengan pembentangan Belanjawan 2026, sekatan bagi perjalanan ke luar negara akan mula berkuat kuasa pada Januari 2026 kepada mereka yang gagal membayar pinjaman balik PTPTN.ore

Namun, sekatan ini hanya akan dikenakan terhadap peminjam berpendapatan tinggi yang benar-benar culas serta memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh PTPTN.

Mereka yang baharu menamatkan pengajian atau mereka yang masih belum mempunyai pendapatan tetap adalah masih terkecuali dalam tindakan sekatan ini.

Jika individu tersebut dikenakan sekatan perjalanan tersebut, mereka tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia dan adalah tertakluk kepada sekatan permohonan serta pembaharuan pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Individu Dikenakan Sekatan Perjalanan

Sekatan perjalanan ke luar negara akan dikenakan kepada peminjam yang berikut:

  • Mempunyai tunggakan melebihi 5 tahun dan berkemampuan membuat bayaran balik pinjaman; dan/atau
  • Telah direkodkan penghakiman di mahkamah; dan/atau
  • Bekerja di luar negara.

Semakan Sekatan Perjalanan

Untuk membuat semakan status sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

3 Langkah Boleh Diambil Jika Mengalami Sekatan Perjalanan

Terdapat beberapa langkah boleh diambil jika mengalami sekatan perjalanan seperti berikut:

  1. Hubungi Pegawai PTPTN: Hubungi Careline di 03-2193 3000 atau nombor telefon pegawai PTPTN yang diletakkan di kaunter AKPS.
  2. Jalankan Rundingan Segera: Berbincang dengan pegawai PTPTN yang bertugas untuk menetapkan jumlah bayaran pelepasan yang dipersetujui.
  3. Bayar & Kemuka Resit: Lakukan pembayaran dan tunjukkan bukti resit kepada pegawai PTPTN untuk proses pelepasan sekatan serta-merta.

Prosedur Rundingan & Penyelesaian

Bagi rundingan dan penyelesaian, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil iaitu:

  1. Rundingan Awal (5 Hari Sebelum): Berunding dengan PTPTN sekurang- kurangnya 5 hari sebelum tarikh perjalanan untuk mengelakkan kesulitan di sempadan.
  2. Jumlah Bayaran Pelepasan: Perlu membayar keseluruhan tunggakan atau membuat rundingan penstrukturan semula melalui aplikasi myPTPTN (Versi Web).
  3. Semakan Status Imigresen: Pastikan status perjalanan disemak terlebih dahulu melaiui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Soalan Lazim

 Siapakah yang akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara?

– Mempunyai tunggakan melebihi 5 tahun dan berkemampuan membuat bayaran balik pinjaman; dan/atau
– Telah direkodkan penghakiman di mahkamah; dan/atau
– Bekerja di luar negara.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya peminjam telah disekat perjalanan ke luar negara?

Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh lima (5) hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan semasa di lapangan terbang atau di pintu keluar masuk sempadan negara.


Berapakah jumlah bayaran yang perlu dijelaskan untuk mengeluarkan nama peminjam daripada sekatan perjalanan ke luar negara?

Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada sekatan perjalanan. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh membuat rundingan melalui Aplikasi myPTPTN (Versi Web).

Bagaimanakah peminjam boleh membuat semakan status sekatan perjalanan ke luar negara?

Semakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai sekatan perjalanan ini, sila hubungi:

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content