$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Puasa Johor 2026 / 1447H

SHARE:

  Waktu Berbuka Puasa Johor 2026 / 1447H Waktu berbuka Johor 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan  https://www.is...

 

Waktu Berbuka Puasa Johor 2026 / 1447H


Waktu berbuka Johor 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan dan daerah di Johor.

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia akan ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu juga bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka negeri Johor bagi tahun 2026.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Johor 2026 / 1447 H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA BAGI TAHUN 1447 H / 2026 M BAGI SELURUH NEGERI JOHOR

ZON 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

ZON 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing, dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya

ZON 3 : Daerah Pontian dan Kluang

ZON 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas

NOTA:

  • *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
  • **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber: Laman web rasmi JAKIM – https://www.islam.gov.my/

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”


ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Soalan Lazim Waktu Berbuka Johor 2026

Bilakah umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada tahun 2026?

Mengikut kalendar, 1 Ramadan 1447H dijangka jatuh pada 19 Februari 2026 (Khamis). Walau bagaimanapun, tarikh rasmi akan ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah aktiviti cerapan anak bulan dilakukan.

Berapakah pembahagian zon waktu solat dan berbuka di Johor?

Johor mempunyai 4 Zon utama bagi penyelarasan waktu solat dan berbuka serta waktu Imsak.

Mengapa waktu berbuka di Muar (Zon 4) lebih lambat berbanding Johor Bahru (Zon 2)?

Ini disebabkan oleh kedudukan geografi di mana kawasan barat Johor (seperti Muar dan Tangkak) akan melihat matahari terbenam lebih lewat berbanding kawasan timur dan selatan (seperti JB dan Mersing). Perbezaannya biasanya sekitar 4 hingga 5 minit.

Adakah hari pertama Ramadan merupakan cuti umum di negeri Johor?

Ya. Di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Johor, hari Awal Ramadan adalah cuti umum bagi seluruh negeri. Ini membolehkan rakyat Johor membuat persiapan awal untuk menyambut bulan puasa.

Di manakah saya boleh menyemak takwim Ramadan rasmi untuk negeri Johor?

Anda boleh merujuk jadual lengkap yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor melalui portal rasmi mereka atau memuat turun jadual melalui laman web JAKIM.



Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content