$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Melaka 2026 / Ramadan 1447H (JAKIM)

SHARE:

  Waktu Berbuka Melaka 2026 / Ramadan 1447H (JAKIM) Waktu berbuka Melaka 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan  ht...

 

Waktu Berbuka Melaka 2026 / Ramadan 1447H (JAKIM)


Waktu berbuka Melaka 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan dan daerah di Melaka.

Waktu Berbuka Melaka 2026 / Ramadan 1447H (JAKIM)

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia akan ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu juga bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu imsak dan berbuka di seluruh Melaka bagi tahun 2026.

Jadual ini adalah berdasarkan takwim waktu solat JAKIM.


Jadual Waktu Berbuka Melaka 2026 (Ramadan 1447H)

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447H / 2026 BAGI SELURUH NEGERI MELAKA


NOTA:

  • *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
  • **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber: Laman web rasmi JAKIM


Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Soalan Lazim Waktu Berbuka Melaka 2026

Bilakah tarikh mula berpuasa di Malaysia bagi tahun 2026?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Seperti biasa, tarikh rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam sebelumnya.

Berapakah zon waktu solat yang ada di negeri Melaka?

Berbeza dengan negeri besar lain, seluruh negeri Melaka hanya mempunyai satu (1) zon waktu solat sahaja iaitu Zon MLK01. Ini merangkumi daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin. Jadi, waktu berbuka di Bandar Hilir adalah sama dengan di Merlimau atau Masjid Tanah.

Adakah Awal Ramadan (1 Ramadan) merupakan cuti umum di Melaka?

Ya. Di Melaka, hari Awal Ramadan adalah cuti umum negeri. Istimewanya pada tahun 2026, kerajaan negeri juga telah mengumumkan cuti khas tambahan untuk penjawat awam, menjadikan deretan cuti yang sangat panjang (6 hari berturut-turut) bermula dari Tahun Baru Cina (17-18 Feb), 1 Ramadan (19 Feb), hingga Hari Pengisytiharan Kemerdekaan (20 Feb).

Mengapa waktu berbuka di Melaka lebih awal sedikit berbanding Kuala Lumpur?

Secara geografi, Melaka terletak sedikit lebih ke timur berbanding Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu, matahari terbenam lebih awal di Melaka, biasanya dengan perbezaan waktu sekitar 2 hingga 3 minit lebih awal daripada Kuala Lumpur.

Adakah waktu berbuka puasa di Melaka sewaktu dengan kawasan di Negeri Sembilan atau Johor?

Walaupun berjiran, waktu berbuka Melaka adalah berbeza. Melaka biasanya sewaktu dengan kawasan Tampin (Negeri Sembilan) atau Tangkak (Johor), namun tetap ada perbezaan minit yang kecil. Pastikan anda sentiasa merujuk kod zon MLK01.


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content