$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2026 / 1447H

SHARE:

  Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2026 / 1447H Waktu berbuka Negeri Sembilan 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pa...

 

Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2026 / 1447H


Waktu berbuka Negeri Sembilan 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan dan daerah di Negeri Sembilan.

Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2026 / 1447H

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka Negeri Sembilan bagi tahun 2026.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.

Jadual Waktu Berbuka Negeri Sembilan 2026 / 1447H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447H / 2026 BAGI SELURUH NEGERI SEMBILAN

ADVERTISEMENT

ZON 1 : Daerah Jempol & Tampin

ZON 2 : Daerah Jelebu, Rembau & Kuala Pila

ZON 3 : Daerah Seremban & Port Dickson

NOTA:

  • *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
  • **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber: Laman web rasmi JAKIM – https://www.islam.gov.my/


Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Semoga artikel waktu berbuka Negeri Sembilan ini bermanfaat untuk anda.

Soalan Lazim Waktu Berbuka Negeri Sembilan 2026

Bilakah tarikh jangkaan puasa di Malaysia untuk tahun 2026?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Tarikh ini tertakluk kepada pengisytiharan rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut.

Berapakah zon waktu solat dan berbuka puasa di Negeri Sembilan?

Negeri Sembilan terbahagi kepada 3 Zon utama.

Adakah waktu berbuka di Seremban sama dengan di Tampin?

Tidak sama. Biasanya terdapat perbezaan waktu sekitar 1 hingga 2 minit. Contohnya, waktu berbuka di Tampin (Zon 1) selalunya sedikit lebih awal berbanding di Seremban atau Port Dickson (Zon 2) kerana kedudukan geografi yang lebih ke timur.

Adakah terdapat cuti umum Awal Ramadan di Negeri Sembilan?

Di Negeri Sembilan, hari pertama Ramadan bukanlah cuti umum negeri. Walau bagaimanapun, waktu bekerja bagi penjawat awam biasanya diselaraskan mengikut pekeliling perkhidmatan sepanjang bulan Ramadan.

Bolehkah saya berbuka puasa hanya dengan mendengar azan dari radio nasional atau televisyen?

Tidak digalakkan. Sebaik-baiknya, anda hendaklah merujuk kepada azan dari masjid kariah tempatan atau merujuk siaran radio tempatan seperti Negeri FM yang menyiarkan waktu berbuka khusus mengikut zon di Negeri Sembilan.


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content