$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Puasa Sabah 2026 / 1447H – JAKIM

SHARE:

Waktu Berbuka Puasa Sabah 2026 / 1447H – JAKIM Waktu berbuka Sabah 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan  https://...

Waktu Berbuka Puasa Sabah 2026 / 1447H – JAKIM


Waktu berbuka Sabah 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan dan daerah di negeri Sabah.

WAKTU BERBUKA SABAH

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka Sabah bagi tahun 2026.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.

Jadual Waktu Berbuka Sabah 2026/1447H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI NEGERI SABAH 1447 H / 2026

Zon I: Bahagian Sandakan (Timur) : Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam

Zon II : Bahagian Sandakan (Barat) : Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan,Telupid, Tongod Dan Pinangah

Zon III : Bahagian Tawau (Timur) : Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Kunak, Dan Lahad Datu

Zon IV: Bahagian Tawau (Barat) : Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai, Dan Kalabakan

Zon V : Bahagian Kudat : Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong, Dan Kudat

Zon VI : Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)

Zon VII: Bahagian Pantai Barat : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamapruli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar

Zon VIII: Bahagian Pedalaman (Atas) : Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan,Dan Keningau

Zon IX; Bahagian Pedalaman (Bawah) : Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang




NOTA:

  • *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
  • **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber: Laman web rasmi JAKIM – https://www.islam.gov.my/

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM


Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka


Soalan Lazim Waktu Berbuka Sabah 2026/1447H

Bilakah tarikh jangkaan mula berpuasa bagi tahun 2026 di Malaysia?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis), namun ia tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas aktiviti cerapan anak bulan.

Mengapakah waktu berbuka di Sabah lebih awal daripada Semenanjung Malaysia?

Ini disebabkan oleh kedudukan geografi Sabah yang terletak lebih jauh ke arah timur. Putaran bumi menyebabkan matahari terbenam lebih awal di Sabah berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Berapakah jumlah zon waktu berbuka bagi negeri Sabah?

Negeri Sabah terbahagi kepada 9 Zon utama. Setiap zon mempunyai perbezaan waktu beberapa minit antara satu sama lain.

Di manakah saya boleh mendapatkan jadual rasmi Waktu Berbuka Sabah 2026?

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang paling tepat boleh dirujuk melalui laman web rasmi JAKIM atau aplikasi mudah alih yang menggunakan data daripada Jabatan Mufti Negeri Sabah.

Adakah waktu berbuka di Kota Kinabalu sama dengan di Tawau?

Tidak sama. Waktu berbuka di Tawau (Zon 2) biasanya adalah beberapa minit lebih awal berbanding di Kota Kinabalu (Zon 4) kerana Tawau terletak lebih ke timur.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content