$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Puasa WP Labuan 2026 / 1447H

SHARE:

  Waktu Berbuka Puasa WP Labuan 2026 / 1447H Waktu berbuka WP Labuan 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan  https:...

 

Waktu Berbuka Puasa WP Labuan 2026 / 1447H


Waktu berbuka WP Labuan 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

waktu berbuka labuan

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka WP Labuan bagi tahun 2026.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.


Jadual Waktu Imsak & Berbuka WP Labuan 2026/1447H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 1447 H / 2026


WAKTU BERBUKA LABUAN


Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.


Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa waktu berbuka labuan
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

waktu berbuka labuan
Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Soalan Lazim Waktu Berbuka WP Labuan 2026

Bilakah tarikh mula puasa 2026?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui kaedah cerapan anak bulan.

Adakah waktu berbuka Labuan sama dengan Kota Kinabalu?

Secara umumnya, waktu berbuka di Labuan adalah hampir sama dengan Kota Kinabalu (Sabah Zon 7), namun biasanya terdapat perbezaan sekitar 1 hingga 2 minit lebih lewat di Labuan. Pastikan anda merujuk jadual khusus untuk zon WLY02 (Labuan).

Di manakah saya boleh merujuk jadual waktu Imsak dan Berbuka rasmi untuk Labuan?

Penduduk Labuan dinasihatkan untuk merujuk takwim yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atau melalui portal rasmi JAKIM.

Apakah kod zon waktu solat bagi Wilayah Persekutuan Labuan?

Kod zon bagi Wilayah Persekutuan Labuan ialah WLY02. Pastikan aplikasi waktu solat di telefon pintar anda ditetapkan pada kod zon ini untuk ketepatan waktu azan dan berbuka puasa serta imsak.


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content