$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

10 Lagu Raya Terbaik Tahun 2023

SHARE:

Dengan semakin dekatnya Hari Raya, tiba waktunya lagu-lagu raya Aidilfitri yang popular juga sering dimainkan di radio dan diputar ketika or...

Dengan semakin dekatnya Hari Raya, tiba waktunya lagu-lagu raya Aidilfitri yang popular juga sering dimainkan di radio dan diputar ketika orang sedang berbelanja ataupun sedang memandu pulang ke kampung. Lagu-lagu ini tidak hanya popular, tetapi juga timeless dan menjadi kegemaran dari generasi ke generasi di Malaysia.

Lagu-lagu raya ini menjadi satu unsur yang penting dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Selain itu, tradisi seperti juadah raya, duit raya, dan rumah terbuka juga turut menyemarakkan suasana sambutan Hari Raya.

Mari kita teroka lagu-lagu raya Aidilfitri yang menjadi pilihan menjelang lebaran tahun ini. Meskipun setiap tahun pasti muncul lagu-lagu raya baru, tapi lagu-lagu raya klasik tetap segar menjadi pilihan dan boleh dikatakan terbaik sepanjang zaman.

Koleksi Lagu Raya Terbaik Tahun 2023

1. Balik Kampung – Sudirman

Lagu Balik Kampung merupakan lagu yang wajib diputar saat perjalanan pulang ke kampung halaman. Lirik lagu ini menggambarkan dengan jelas keceriaan perjalanan kembali ke kampung yang membuat kita tak sabar untuk pulang ke kampung dan berjumpa dengan keluarga tersayang.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Balik Kampung

2. Suasana Hari Raya – Anuar Zain dan Elina 

Saat mendengarkan lagu Suasana Hari Raya ini, kebanyakan dari kita pasti terkenang akan memori indah saat menyambut Syawal di masa kecil.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Suasana Hari Raya

3. Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Lagu Ratu Pop Datuk Siti Nurhaliza, ‘Sesuci Lebaran’, muncul ketika kebangkitan Irama Malaysia yang diterajui oleh Siti sendiri dan Noraniza Idris. Saat lagu ini diputar di radio, rentak keraiannya dan suara unik serta lenggok Siti selalu berhasil mempesona para pendengar.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Sesuci Lebaran

4. Pulanglah – Aisyah

Ketika mendengarkan lagu ini dapat membuat hati kita terkesan dan terkenang pada kekasih lama karena melodinya yang syahdu.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Pulanglah

5. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini

Lagu klasik yang menampilkan suara emas Allahyarham Dato’ Sharifah Aini.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Suasana Hari Raya

6. Hari Raya – IamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris

Tetap sedap didengari walaupun agak lama juga lagu ini wujud.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Hari Raya

7. Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye

Lagu baru 2 tahun di dalam dunia industri dan amat meletup pada tahun dilancarkan.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Pejam Celik Hari Raya

8. Terpaling Di Hari Raya – Tajul, Wany Hasrita, Afieq, Muna, Tuah & Wani Syaz

Tahun ini baru released lagu ini untuk anda dengar

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Terpaling Di Hari Raya

9. Raya Raya Raya – DOLLA

Lagu hits raya pada tahun lepas dan dibawa ke tahun ini

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Raya Raya Raya

10. Nazam Lebaran – Siti Nurhaliza

Nazam Lebaran boleh disifatkan sebagai lagu bertemakan raya moden tetapi bakal menjadi malar segar pada tahun-tahun mendatang.

Layari lagu raya daripada Youtube bertajuk Nazam Lebaran

Sumber : https://rakyatnews.my/10-lagu-raya-terbaik-tahun-2023/

Jadi jom kita dengarkan lagu raya ini ketika berada di rumah, kampung, kereta dan dimana sahaja anda berada. 10 lagu raya terbaik tahun 2023. Rugi jikalau anda tidak dengar!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content