$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PDRM Beri Diskaun Khas Semua Saman, Hanya Bayar RM50 - PM Anwar

SHARE:

Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak disebabkan terlampau bawa laju ataupun tersilap bawa laju dan lan...

Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak disebabkan terlampau bawa laju ataupun tersilap bawa laju dan langgar lampur isyarat serta sebagainya. Jadi ia lebih kepada semua saman kesalahan trafik. Kalau saman bahagian lain saya tidak pasti. Kena tanya pihak PDRM semula.


Promosi ini hanya pada 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023 sahaja iaitu tempoh sebulan bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 20233 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan serta dibayarkan dengan hanya kadar RM50 sahaja.

Dibawah ini adalah berita daripada Astro Awani yang anda boleh baca untuk maklumat lanjut.

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar khas itu terpakai untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.

"Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

"Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.

"Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dab19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan," katanya.

Tambah Perdana Menteri, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

"Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Ia adalah untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-beri-diskaun-khas-semua-saman-hanya-bayar-rm50-pm-anwar-415994

Kalau sudah promosi ini, silalah bayar cepat-cepat sebelum anda tidak mempunyai duit. Ada yang mempunyai 10 saman dengan kadar beribu-ribu sebulan tapi tidak mampu bayar. Jadi dengan hanya setiap saman jadi RM50 ini anda hanya perlu bayar RM500 sahaja untuk 10 saman. Jimat bukan?


Gunakan kelebihan yang ada ini disediakan oleh pihak Polis / PDRM untuk memudahkan hidup anda kemudian. Jangan kena tangkap disebabkan saman terlampau banyak sudah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content