Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 1445H / 2023

SHARE:

Alhamdulillah, MTHQA kali ke-63 pada tahun ini akan bermula pada 19 Ogos hingga 24 Ogos 2023 (Sabtu hingga Khamis) bertempat di World Trade ...

Alhamdulillah, MTHQA kali ke-63 pada tahun ini akan bermula pada 19 Ogos hingga 24 Ogos 2023 (Sabtu hingga Khamis) bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpu dari jam 8.45 malam.

Orang ramai boleh hadir secara fizikal dan tempat adalah terhad.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Malaysia saban tahun tidak pernah gagal untuk menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Malahan Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al-Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.

Namun, semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, penganjuran MTHQA juga turut terjejas seketika demi untuk memelihara keselamatan dan mengawal penularan wabak tersebut.

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 1445H / 2023


Majlis Perasmian dan Pembukaan MTHQA Ke-63 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) jam 8.45 malam.

Berikut dikongsikan serba serdikit tentang majlis ini.

Kategori / Penyertaan

Seramai 76 orang peserta keseluruhannya dari 52 buah negara menyertai MTHQA Ke-63 kali ini dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.


Untuk makluman, kebiasaannya penganjuran MTHQA melibatkan dua (2) kategori iaitu pertandingan tilawah Al-Quran secara tartil dan pertandingan hafazan Al-Quran 30 juzuk.

Namun, penganjuran MTHQA pada kali ini hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah Al-Quran sahaja.

Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-63 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi ujian saringan. 

Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-63 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi ujian saringan.

Sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-63 tersebut telah selesai dijalankan pada 19-24 Mei 2023 di Terengganu dan 1-8 Julai 2023 di Melaka yang lalu secara atas talian yang melibatkan penyertaan 112 orang peserta daripada 58 buah negara.

Penyertaan wakil Malaysia

Malaysia menghantar seramai empat (4 )orang peserta iaitu :-

  1. Dua (2) peserta Tilawah:
    • Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi – Qari OKU Penglihantan (Kelantan)
    • Nor Hidayah Binti Abd Rahman (Terengganu)
  2. Dua (2) peserta Hafazan 
    • Ahmad Ikmal bin Mohd Ridhuan (Johor)
    • Dian Karisma Mohd Japar (Sabah)

Tarikh & Masa

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1445H akan bermula pada tarikh dan waktu berikut:

Tarikh: 19 Ogos hingga 24 Ogos 2023M.

Waktu: 8.45 malam – 11.30 malam

Pelbagai pengisian menarik akan disajikan untuk anda semua sepanjang MTHQA ini berlangsung.

Lihat poster hebahan di bawah untuk mengetahui antara tokoh dan selebriti yang akan hadir pada majlis tersebut.


Siaran Langsung Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 1445H [LIVE Streaming]

Saksikan juga secara langsung di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 8.45 malam.

Sila rujuk pautan berikut untuk menonton:

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆
sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content